web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Seludup Syabu Gagal, 2 Lelaki Terjun Bot

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 8:00AM

Nurul Hizam melihat bot fiber digunakan suspek yang dirampas. - Gambar ihsan APMM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Cubaan dua individu mengedar dan menyeludup dadah disyaki syabu seberat 39 kilogram bernilai RM1.95 juta berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Muar di sini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.30 pagi itu, aset APMM mengesan sebuah bot fiber tanpa nombor pendaftaran yang dilihat mencurigakan, bersama dua lelaki.

Cubaan pihak berkuasa menahan keduanya bagaimanapun gagal apabila mereka berjaya melarikan diri ke arah hutan bakau berhampiran, setelah memecut laju bot tersebut.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, serbuan dan rampasan itu dibuat hasil risikan serta intipan mengenai aktiviti penyeludupan dadah oleh Bahagian Risik Ibu pejabat APMM, sebelum semua maklumat terbabit disalurkan kepada aset APMM yang sedang melaksanakan operasi penguatkuasaan di perairan Muar.

Bot fiber yang digunakan suspek untuk membawa bungkusan dadah disyaki syabu. - Gambar Ihsan APMM
Bot fiber yang digunakan suspek untuk membawa bungkusan dadah disyaki syabu. - Gambar Ihsan APMM

“Bot ronda APMM diatur gerak ke lokasi mengesan sebuah bot fiber mencurigakan tanpa nombor pendaftaran di sekitar 1.6 batu nautika tenggara Sungai Kesang dekat sini.

“Menyedari kehadiran bot ronda APMM, bot fiber suspek memecut laju ke arah hutan bakau berhampiran dan dua suspek lelaki itu bertindak terjun meninggalkan bot serta melarikan diri ke dalam hutan bakau,” katanya pada sidang media di Bilik Mesyuarat Operasi Zon Maritim Batu Pahat di sini.

Menurut Nurul Hizam, setiap bagasi  ditemui berisi 19 bungkusan yang masing-masing dianggarkan seberat satu kilogram.

“Jumlah keseluruhan bungkusan teh Cina yang disyaki berisi dadah jenis syabu adalah sebanyak 38, dengan anggaran berat melebihi 39 kilogram,” katanya.

Turut dirampas jelas beliau, ialah bot fiber berkenaan bersama enjin kuasa kuda itu, yang ditunda ke Zon Maritim Batu Pahat, menjadikan nilai keseluruhan rampasan termasuk dadah berkenaan RM1.97 juta.

“Dadah ini dipercayai cuba diseludup keluar ke negara jiran dan jika terlepas, mampu digunakan 200,000 penagih dadah,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia