web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JPJ Jamin Stok LMM, LKM Mencukupi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 8:59PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan pembekalan atau pengedaran stok Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) oleh jabatan itu mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Ia mencakupi baki stok dimiliki rakan strategik jabatan berkenaan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, stok dokumen terkawal yang dimiliki Puspakom Sdn Bhd (Puspakom), Pos Malaysia dan MY E.G. Services Bhd (MyEG) itu mampu memenuhi kehendak pelanggan untuk tempoh sehingga 31 Disember tahun ini.

“Sepanjang Ogos 2021,  pihak JPJ telah membekalkan sejumlah stok dokumen terkawal yang mencukupi kepada semua rakan strategik JPJ, mencakupi 450,000 stok LKM Motokar dan 8,400 LKM Motosikal manakala 6,600 LMM diberikan kepada MyEG.

“Turut dibekalkan ialah 385,000 LKM Motokar, 287,999 LKM Motosikal, 300,000 LMM kepada Pos Malaysia dan sejumlah 5,500 LKM Motokar lagi kepada PUSPAKOM,” katanya dalam satu hantaran di Facebook JPJ hari ini.

Menurut beliau, baki stok dokumen terkawal JPJ juga didapati masih mencukupi bagi tujuan menampung keperluan untuk urusan pembaharuan atau transaksi LKM dan LMM, di semua lokasi premis Rakan-Rakan Strategik JPJ sehingga 14 September 2021.

“JPJ juga telah membekalkan stok dokumen sebanyak 100,827 LKM Motokar, 10,843 LKM Motosikal dan 26,648 LMM kepada MyEG, 365,518 LKM Motokar, 142,871 LKM Motosikal dan 789,274 LMM diberikan kepada Pos Malaysia manakala 11,950 LKM Motokar lagi diberikan kepada PUSPAKOM,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

3

Semasa 5 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

4

Semasa 6 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia