web statsweb stats

Berita Terkini

11 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas 58 Tahun, Diskriminasi Pendidikan Masih Berlaku - AOD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 6:03PM

Jason Wee - Gambar dari www.aodmalaysia.org

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Diskriminasi dalam pendidikan masih kekal walaupun sudah 58 tahun Malaysia ditubuhkan, kata pengasas bersama Architects of Diversity Malaysia (AOD),  Jason Wee.

Menurut beliau, kira-kira 50 peratus rakyat negara ini melaporkan, mereka berdepan diskriminasi yang merangkumi perbuatan secara lisan, gangguan atau buli serta dinafikan akses kepada pelbagai peluang, hanya disebabkan oleh identiti masing-masing.

Katanya, tinjauan yang dibuat di bawah kempen Sekolah Semua, komuniti India berdepan diskriminasi lisan tertinggi berbanding kaum lain di Malaysia.

“Kempen Sekolah Semua yang digerakkan AOD telah menjalankan tinjauan nasional Diskriminasi Dalam Pendidikan pada 1 hingga 10 September lalu, menggunakan perkhidmatan firma penyelidikan Vase.ai untuk mempelopori pemahaman umum tentang ciri-ciri diskriminasi yang mungkin dialami pelajar di Malaysia.

“Tinjauan ini menggali pengalaman orang ramai mengenai diskriminasi yang dialami semasa mereka berada di sekolah,” katanya di sini.

Amat mengejutkan jelas Jason, apabila majoriti responden pernah berdepan pengalaman negatif di sekolah, termasuk yang membawa kemudaratan disebabkan oleh kaum, jantina atau beberapa identiti lain.

“Kami amat berharap hasil tinjauan ini dapat membuka mata pihak berwajib agar segera menangani masalah ini dengan baik.

“Majoriti mereka yang mengalami diskriminasi dalam pendidikan juga tidak melaporkannya kepada guru, pentadbiran sekolah, ibu bapa ataupun polis kerana merasakan ia tidak mampu mengubah keadaan,” katanya, kesal.

Tanggapan itu jelas beliau, ada benarnya kerana 48 peratus responden memberitahu, tiada sebarang tindakan susulan diambil apabila perkara berkenaan dipanjangkan kepada pengetahuan pihak berkuasa.

“Kesemua responden kami berumur 18 tahun ke atas dan tinjauan ini bersifat retrospektif yang harus dilihat sebagai batu loncatan untuk penyelidikan lebih lanjut mengenai diskriminasi dalam pendidikan di Malaysia.

“Sejak kebangkitan gerakan #MakeSchoolASaferPlace, terdapat keperluan yang semakin meningkat untuk memahami kes diskriminasi dialami oleh rakyat di sekolah,” katanya. - Getaran, 16 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 20 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah