web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Dark Tourism' Bakal Bawa Dimensi Baharu Sektor Pelancongan Sabah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 17 Sep 2021 4:07PM

Sabah bakal memperkenalkan pakej 'dark tourism' sebagai tarikan terbaru sekali gus membuka peluang baharu yang unik kepada penggiat sektor pelancongan di negeri itu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Gunung Kinabalu dan Tanduo, Lahad Datu bakal dibangunkan menjadi lokasi 'dark tourism' di negeri ini, sesuai dengan tragedi atau peristiwa hitam yang pernah berlaku di situ.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu, Boyd Sun Fatt berkata, gempa bumi di puncak gunung serta pencerobohan pengganas Sulu Tanduo adalah sejarah yang sukar dilupakan kerana membabitkan bencana alam serta pertempuran yang mengorbankan nyawa.

Menurut beliau, persetujuan ramai pihak termasuk ahli keluarga mangsa perlu diterima terlebih dahulu sebelum kedua-dua kawasan itu dipromosikan.

"Ada pihak yang terkesan enggan mengingati kembali detik hitam berkenaan kerana meninggalkan kesan emosi mendalam kepada mereka," katanya.

Sun Fatt menyatakan demikian pada pembentangan Bengkel Gabungan Eko Pelancongan dan Pelancongan Gelap: Potensi Produk Baharu Pelancongan Taman-Taman Sabah Pasca Pandemik, anjuran Taman-Taman Sabah (TTS) menerusi dalam talian, di sini.

Tambah beliau, 'dark tourism' mempunyai potensi dan kelompok peminat tersendiri kerana berkaitan dengan emosi serta sejarah yang boleh dirasai sendiri pelancong.

Bengkel secara dalam talian itu dirasmikan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin dan turut dihadiri lebih 130 peserta dari seluruh Sabah.

Jafry menerusi ucapan perasmiannya berkata, Sabah bakal memperkenalkan pakej 'dark tourism' sebagai tarikan terbaru di negeri ini.

"Ia akan membuka peluang baharu yang unik kepada penggiat sektor pelancongan di Sabah.

"Berdasarkan kajian yang dilakukan, 'dark tourism' turut merangkumi lokasi peperangan, penjara, tapak penghambaan, perkuburan, memorial dan lokasi sejarah penting," katanya.

Tambah Jafry, elemen wajib ada pada 'dark tourism' seperti seram, sedih dan unik berdasarkan peristiwa penting pastinya memberi pengalaman berbeza, di samping menjadi pelindung kepada warisan sejarah.

"Saya melihat 'dark tourism' mampu menjadi tarikan pelancong yang berdaya saing, mampan, inklusif dan berpotensi memacu pertubuhan ekonomi baharu, seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang kerja," katanya.

Turut hadir dalam bengkel dalam talian berkenaan ialah Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Joniston Bangkuai dan Pengarah TTS, Dr Maklarin Lakim. - Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia