web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rampasan Dadah Terbesar Sabah, 3 Lagi Suspek Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 5:58PM

Peter (tengah) pada sidang media mengenai rampasan dadah sebanyak di IPD Tawau, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Polis menahan tiga lagi lelaki dan merampas dua kenderaan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan rampasan 303 kilogram dadah di Kampung Batu Payung, di sini, 7 September lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, pihaknya giat melakukan serbuan di beberapa lokasi sehingga 10 September lalu berdasarkan maklumat diterima.

Menurut beliau, seorang daripada suspek ditahan di Kunak manakala dua lagi ditahan di Tawau.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang direman seramai empat orang dan ia turut membabitkan rampasan empat kenderaan serta 344 kilogram syabu, dengan nilai melebihi RM11 juta,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini.

Peter memberitahu, siasatan terperinci masih dilakukan bagi mengesan rangkaian pengedaran dadah berkenaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, polis merampas dua kilogram dadah, juga dari jenis syabu yang disembunyikan dalam bengkung dipakai dua wanita warga asing, kelmarin.

"Dalam kejadian jam 5.50 pagi itu, polis menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang dinaiki seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Indonesia di Kilometer 37 Jalan Tawau-Semporna.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui 40 paket plastik lutsinar berisi hablur putih dipercayai syabu yang disembunyikan dalam bengkung dipakai dua wanita terbabit," katanya.

Suspek dipercayai dalam perjalanan menyeludup keluar dadah tersebut ke Indonesia.

Menurut Peter, rampasan kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM72,720.

"Semua suspek yang berusia 38 hingga 48 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 September ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori," katanya. – Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia