web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maritim Malaysia Temukan Mayat Dipercayai Pekerja Kelong Jatuh Laut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2021 8:10AM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor mengesahkan penemuan mayat dipercayai seorang daripada pekerja kelong yang terjatuh ke laut tiga hari lepas.

Pengarah Maritim Selangor Kapten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata mayat lelaki berkenaan ditemukan oleh orang ramai lebih kurang 7.30 pagi semalam pada kedudukan sekitar lebih kurang 0.1 batu nautika timur Pulau Tengah dekat sini.

Beliau berkata berdasarkan pengecaman awal oleh majikan kelong, dipercayai mangsa adalah warga Indonesia berusia 34 tahun dikenali sebagai Priadi.

“Mangsa dilaporkan telah jatuh ke laut bersama seorang lagi mangsa yang masih belum ditemukan iaitu Saw Bearry Htoo, 30, warga Myanmar.

“Kedua-dua mangsa kali terakhir dilihat memakai baju KS Aquaculture berwarna putih dengan seluar berwarna biru sebelum dilaporkan hilang di laut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mohd Rosli berkata mayat dibawa ke Jeti Pulau Ketam bagi proses pengecaman dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, operasi ‘Carilamat’ hari ketiga di Perairan Pulau Tengah ditangguhkan pada 7.30 petang kerana jarak penglihatan terhad dan bersambung 7 pagi hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Polis Marin, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Pengurusan Bencana Malaysia serta komuniti nelayan setempat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Maritim Malaysia Perketat Kawalan Sempadan Perairan Negara Di Musim Perayaan

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Pekerja Ladang Warga Indonesia Maut Diserang Gajah Liar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Maritim Malaysia Sedia Bekerjasama Dengan SPRM Hapus 'Suapan Bulanan'

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Laut Bergelora Dipercayai Punca Bot Bawa 21 Individu Karam

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia