web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Beraksi Lagak Ngeri Di Lebuh Raya, 2 Pemuda Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 1:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua lelaki ditahan dalam Operasi Samseng Jalanan kerana melakukan aksi berbahaya di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke) di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Pengangkutan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kedua-dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu melakukan aksi zig-zag, roket, Superman serta bersaing.

“Kedua-dua mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Trafik Jalan Bandar dan bakal didakwa mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, sehingga mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya di sini.

Sarifudin berkata, empat pegawai dan 22 anggota polis terlibat dalam Operasi Samseng Jalanan dan Operasi Motosikal dan Pelbagai di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Tun Razak, Jalan Raja Laut, Jalan Loke Yew dan di Lebuhraya Duke sejak Jumaat lalu hingga Ahad.

“Secara keseluruhan, 551 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan 12 motosikal disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987 atas kesalahan mengubah suai struktur kenderaan (ekzos),” katanya.

Sementara itu, dalam Operasi Pelbagai pula, polis menahan sembilan lelaki berusia lingkungan 25 hingga 33 tahun kerana melakukan kesalahan mengikut Seksyen 45(A) APJ 1987 iaitu memandu di bawah pengaruh alkohol.

Tambah beliau, polis akan terus mempertingkatkan operasi terutama di hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau pergi ke balai polis berhampiran,” jelasnya. - Getaran, 19 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki