web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Tipu Slot Vaksin, Warga Emas Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 1:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Padah cuba menipu orang ramai dengan mendakwa mampu menjadi orang tengah menguruskan pengambilan vaksin COVID-19, seorang warga emas ditahan polis di Pekan Semporna, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 2.35 petang itu, suspek, 61, dikatakan cuba mengambil kesempatan dengan mengenakan bayaran RM20 bagi setiap individu yang terpengaruh dengan penipuannya.

Getaran difahamkan, lelaki tempatan tersebut menyasarkan pendatang asing dan individu yang tidak memiliki sebarang dokumen sekitar pekan ini, sebelum menawarkan perkhidmatannya bagi membolehkan mangsa menerima vaksin COVID-19 dengan kadar segera.

Bagaimanapun, taktik suspek terbongkar apabila orang ramai bertindak bijak melaporkan kejadian tersebut, kerana sedia maklum program vaksinasi yang disediakan kerajaan adalah percuma.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan penahan suspek.

“Berdasarkan maklumat awam, suspek mendakwa boleh mendapatkan jadual temu janji vaksinasi di Dewan Masyarakat Semporna dengan mengenakan bayaran RM20 bagi setiap penerima.

“Hasil pemeriksaan ke atas lelaki berkenaan, polis menemui buku catatan yang tertera nama 16 individu dipercayai sudah menjadi mangsa,” katanya.

Sehubungan itu, suspek direman selama empat hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

“Polis turut meminta individu yang pernah menjadi mangsa penipuan suspek tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia