web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Nano Mist Spray Tak Sesuai Untuk Manusia - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2021 3:42PM

Nano mist spray tidak sesuai digunakan kepada manusia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semburan sanitasi beralkohol atau nano mist spray tidak sesuai digunakan kepada manusia kerana sesetengah larutan disinfeksi itu boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano.

Menurut beliau, alat ini dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat serta jenis cecair digunakan.

“Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti spray gun, handheld spray sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri.

“Mutakhir ini, nano mist spray mula mendapat perhatian umum untuk digunakan sebagai alat disinfeksi bagi mengekang penularan COVID-19. Ramai beranggapan penggunaan alat ini berupaya menghapuskan virus di udara (airborne) dan juga di permukaan,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut Dr Noor Hisham berkata, keberkesanan penggunaan nano mist spray untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaan alat tersebut untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi digunakan, serta tempoh masa pendedahan.

“Secara umumnya pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan yang mengandungi alkohol 70 peratus hingga 90 peratus, hydrogen peroxide, thymol, quaternary ammonia, dan juga larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan,” katanya.

Beliau menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak berupaya menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual.

“Untuk makluman, pada masa ini pihak Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran  disinfektan permukaan yang boleh dicapai melalui https://www.npra.gov.my.

 “Garis panduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan. Selain daripada itu, laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk mencegah penularan COVID-19 boleh dicapai melalui https://covid-19.moh.gov.my,” katanya. - Getaran, 21 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia