web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kesan Pandemik, Melaka Masih Sepi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 3:02PM

Industri pelancongan di Melaka masih mengambil masa untuk pulih seperti sediakala.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Walaupun pelancongan membabitkan pengunjung dari negeri sama sudah dibenarkan, hakikatnya sektor berkenaan mengambil masa untuk pulih seperti sediakala.

Melaka misalnya, masih sepi dari kunjungan pelancong, walaupun di lokasi yang sering menjadi tumpuan ramai.

Kota A Famosa lengang, tanpa kelibat pengunjung.
Kota A Famosa lengang, tanpa kelibat pengunjung.

Tinjauan Getaran mendapati, beberapa destinasi pilihan seperti Menara Taming Sari, Kota A Famosa, Bukit St Paul dan Bangunan Merah Stadthuys mendapati, ia masih sepi daripada kunjungan orang ramai.

Malah, tiada lagi deretan puluhan beca seperti sebelum ini, cuma beberapa buah yang masih setia menunggu penumpang.

Pengayuh beca, Sim Meng Kong, 56, berkata, keadaan ketika ini amat berlainan kerana tiada lagi pengunjung, yang menjadikan suasana riuh rendah.

Katanya, sejak mula menunggu bermula jam 8 pagi hingga 3.30 petang, dia hanya memperoleh RM20 sahaja selepas mendapat seorang pelanggan.

"Sakit memang sakit tetapi apakan daya tiada orang. Daripada tidak dapat langsung syukurlah.

"Hanya beberapa orang pengayuh sahaja yang keluar ketika ini kerana kami sudah menjangkakan pengunjung tidak lagi ramai seperti dulu," katanya.

Bagi penjaja Tan Kim Seng, 70, pula, ini adalah krisis terburuk dialami sepanjang lebih 20 tahun berniaga di situ.

Peniaga berdepan dengan kesukaran untuk menjual barangan mereka kerana ketiadaan pengunjung.
Peniaga berdepan dengan kesukaran untuk menjual barangan mereka kerana ketiadaan pengunjung.

"Saya baru berniaga kembali pada Khamis, memang boleh dikatakan tiada pengunjung, kalau ada yang datang pun hanya dua, tiga orang sahaja.

"Sekarang ini boleh kira dengan jari berapa ramai yang datang ke sini, kalau dulu tidak terkira, sehingga tak menang tangan melayan," katanya yang menjual topi serta cenderahati.

Sementara itu, pengunjung Syahidah Kamaruzaman, 28, berkata, suasana Bandaraya Melaka ketika ini amat lengang, tanpa sebarang kesesakan lalu lintas.

"Sebelum ini pada hujung minggu jika hendak ke bandar memang terasa jauh perjalanan, kerana mengambil masa lebih 30 minit tetapi hari ini sekejap sahaja sudah sampai.

"Mungkin orang ramai masih lagi mengambil langkah berjaga- jaga jadi tidak ramai yang keluar," katanya. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia