web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bukit Aman Siasat Laporan Polis Najib Terhadap LHDN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:45PM

Najib membuat laporan polis terhadap LHDN pada 8 September lalu. - Gambar oleh Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman mengesahkan sedang menjalankan satu siasatan berkaitan laporan polis yang dibuat bekas Perdana Menteri, Najib Razak terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan.

“Semua pihak yang terlibat akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa yang terdekat,” katanya hari ini.

Beliau berkata, orang ramai diingatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memastikan siasatan dijalankan secara adil dan saksama selaras dengan peruntukan undang-undang yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Najib membuat laporan polis terhadap LHDN pada 8 September lalu, selepas menerima maklumat pegawai agensi berkenaan menerima tekanan daripada ahli politik, agar memastikan dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai.

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa mempunyai maklumat dan bukti bahawa berlaku pelanggaran kuasa mengikut Seksyen 167, Seksyen 192, Seksyen 196, Seksyen 197 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan salah guna kuasa serta penggunaan dokumen palsu.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendakwa menerima maklumat mengenai denda cukai tambahan yang dikenakan terhadap dirinya.

Dakwa Najib, ada pegawai tertinggi LHDN yang mengarahkan supaya penalti cukai diteruskan terhadapnya atas arahan ahli politik tertentu.

Pada 25 Jun 2019, kerajaan memfailkan saman terhadap Najib bagi menuntut beliau menjelaskan cukai pendapatan LHDN berjumlah RM1.69 bilion yang masih terhutang bagi Tahun Taksiran 2011 hingga 2017.

Ekoran itu pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini memutuskan bahawa Najib perlu membayar tunggakan cukai tersebut kepada kerajaan Malaysia. - Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia