web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima Dan Minta Rasuah, Pesara Polis Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Sep 2021 10:00PM

Seorang pesara polis (kiri) direman selama 3 hari bagi membantu siasatan kes suapan sejak penghujung 2019.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Seorang pesara polis direman tiga hari kerana disyaki meminta dan menerima suapan bulanan daripada sebuah syarikat keselamatan sejak penghujung 2019.

Suspek berusia 60 tahun itu direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21(C) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Perintah reman sehingga Jumaat itu dikeluarkan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim di selepas menerima permohonan daripada SPRM.

Suspek yang sebelum ini merupakan pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan Polis (ASP) tiba di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, pada jam 8.40 pagi tadi dengan diiringi pegawai SPRM.

Terdahulu, suspek ditahan di pejabat SPRM Melaka, Alai, ketika diminta hadir bagi membantu siasatan kira- kira jam 8.05 malam semalam.

Jurucakap SPRM berkata, suspek disyaki meminta dan menerima suapan antara RM1,500 hingga RM2,200 sebulan daripada sebuah syarikat keselamatan sebagai balasan membantu mendapatkan kerja kawalan keselamatan untuk syarikat pemaju.

"Hasil siasatan awal mendapati perbuatan itu dipercayai dilakukan bermula November 2019 sehingga Mac 2021.

“Jika sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 (yang mana lebih tinggi) dan penjara tidak melebihi 20 tahun,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad mengesahkan penahanan suspek. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia