web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja, Pelajar Melaka Selesai Divaksin Hujung Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:41PM

Rahmad Mariman (tengah) beramah mesra dengan penerima vaksin ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Golongan remaja dan pelajar di Melaka dijangka selesai menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Oktober ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, mereka boleh hadir secara jumpa terus ke 10 pusat pemberian vaksin (PPV) di seluruh negeri ini bagi mendapatkan suntikan vaksin.

Beliau berkata, suntikan tersebut akan diberikan kepada 79, 467 pelajar dan remaja secara berperingkat.

"Kita jangka proses Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri membabitkan remaja serta pelajar selesai pada 24 Oktober depan, dan untuk tempoh dua hari ini, seramai 6, 600 sudah menerima suntikan.

"PICK Remaja dimulakan dengan pemberian vaksin kepada 27, 779 remaja berusia 16 dan 17 tahun, sebelum diteruskan kepada 51,668 penerima yang berusia 12 hingga 15 tahun," katanya selepas melawat PPV Dewan Tun Ali, Bukit Katil, petang ini.

Menurut beliau, pelajar yang berasal dari Melaka tetapi bersekolah di luar negeri ini juga dibenarkan untuk hadir ke PPV yang disenaraikan bagi menerima suntikan vaksin.

"Dalam mencapai sasaran proses pemberian vaksin ini, saya juga berharap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) tidak menutup mana-mana PPV di Melaka sehingga ia selesai," katanya.

Sementara itu, Rahmad menafikan berlaku Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kem Terendak, Sungai Udang, seperti yang tular di media sosial.

Katanya, gambar penutupan jalan masuk ke kawasan kediaman sekitar kem yang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah inisiatif tentera dalam mengawal pergerakan keluar masuk bagi menangani penularan COVID-19. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia