web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pos Malaysia Nafi Berlaku Penghantaran Tertunggak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 11:27AM

Terdapat rungutan daripada orang ramai mengenai kelewatan penghantaran surat namun dinafikan oleh Pos Malaysia kerana penghantaran barangan adalah berdasarkan sistem ‘masuk dulu, keluar dulu’ .

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun terdapat rungutan ramai, Pos Malaysia Bhd menafikan dakwaan ia dibebani penghantaran tertunggak yang menyebabkan barangan tidak dapat dikirim secepat mungkin. 

Menurut jurucakap Pos Malaysia, isu berkenaan tidak timbul kerana semua kiriman dilaksanakan menerusi sistem ‘masuk dulu, keluar dulu’ dan ia juga telah menggajikan lebih ramai pekerja supaya pengiriman barang lebih konsisten.

“Tiada kes penghantaran tertunggak. Jika kami terlalu sibuk akibat peningkatan jumlah barangan kiriman, sepertimana yang terjadi semasa ‘Jualan 9.9’, kami menggunakan sistem ‘masuk dulu, keluar dulu,” jelasnya kepada laman portal, The Vibes.

Penjelasan daripada Pos Malaysia itu adalah susulan rungutan orang ramai yang mendakwa mereka sudah jarang melihat kelibat posmen datang mengirim surat-surat di rumah mereka sejak pandemik COVID-19 bermula tahun lepas.

Ada juga yang bersunggut mengenai prestasi Pos Malaysia kerana masih belum mendapat majalah-majalah yang dilanggan dari luar negara dan naskah-naskah buku yang dibeli serta bil elektrik, air, kad kredit dan internet mengikut masa yang ditetapkan.

Hinggakan, kata mereka, disebabkan kelewatan berkenaan, ia menyebabkan risiko internet mereka telah dipotong tanpa notis.

Terdahulu, Pos Malaysia mengakui kelewatan penghantaran baru-baru ini dan mengaitkan prosedur operasi standard (SOP) sebagai antara sebab kerana ia berlaku.

“Sememangnya pandemik ini telah memberi pelbagai cabaran kepada kami dari segi peningkatan penghantaran yang mendadak sejak 18 bulan lalu dan juga kepada petugas barisan hadapan kami yang setiap hari berkerja demi masyarakat Malaysia.

“Bagaimanapun, jumlah penghantaran sudah semakin boleh diurus dan kadar penggunaan perkhidmatan kami sudah hampir kembali ke tahap sebelum pandemik berlaku,” kata Pos Malaysia dalam kenyataan tersebut. – The Vibes.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki