web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lori Terbabas Di NKVE, Pemandu Didapati Positif Syabu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2021 12:56PM

Sebuah lori telah terbabas dan terbalik di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), ketika dalam perjalanan ke Subang, pagi tadi. - Gambar dari Facebook IPD Shah Alam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Gara-gara memandu di bawah pengaruh syabu, seorang pemandu lori gagal mengawal kenderaannya sehingga terbabas di Kilometer (KM) 10.9 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE).

Pemangku Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, insiden tersebut berlaku kira-kira jam 8.30 tadi sewaktu pemandu terbabit sedang dalam perjalanan ke Subang.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pemandu berusia 33 tahun itu dipercayai tertidur, menyebabkan lori terbabit gagal dikawal dan terbabas.

“Selang beberapa minit, seorang penunggang motosikal yang datang dari arah sama gagal mengelak lalu melanggar lori berkenaan, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan,” katanya di sini.

Ramsay berkata, saringan ujian air kencing mendapati pemandu lori itu positif dadah jenis metafetamin.

Tambah beliau, suspek akan dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Bagi kesalahan trafik pula, kes disiasat mengikut Seksyen 45 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan semasa di bawah pengaruh dadah.

"Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Inspektor Muhammad Hasrul Suhiami di talian 011-31215697," katanya.

Video insiden tersebut yang berdurasi hampir tiga minit turut tular di media sosial.

Rakaman video itu memperlihatkan bagaimana lori berkenaan yang datang dari lorong kanan di NKVE terhuyung-hayang sebanyak tiga kali sebelum terbabas. - Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

3 Warga Asing Maut, Kereta Rempuh ‘Water Barrier’

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Lelaki Nyaris Maut, Tayar Lori Diperiksa Tiba-Tiba Meletup

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Sudahlah Lebih Muatan, Lori Pula Dipandu Laju

4

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Kena Heret Tu

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 25 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang