web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Bas Ekspres Bakal Terima Bantuan One Off

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 10:27AM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemandu bas ekspress di seluruh negara bakal menikmati peruntukkan bantuan kewangan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) secara one-off.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, peruntukan RM3.3 juta itu membabitkan 6,600 penerima yang akan diberi RM500 seorang.

"Proses penyaluran bantuan akan dilaksanakan dengan segera sebaik sahaja kementerian dan agensi pelaksana menerima peruntukan itu.

"Syarat-syarat kelayakan akan ditetapkan oleh kementerian bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) serta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan LPKP Sarawak bagi tujuan penyaluran bantuan ini," katanya.

Menurut beliau, syarat utama bagi penerima ialah mereka mesti terdiri daripada warga negara Malaysia dan berdaftar secara rasmi sebagai pekerja dengan syarikat bas ekspres, selain perlu memiliki caruman Pertubukan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang masih sah.

"Pemandu bas juga perlu mempunyai lesen vokasional sah dengan mengambil kira tempoh pengecualian pembaharuan yang telah diberikan Kementerian Pengangkutan (MOT) sepanjang tahun 2021.

"Hanya syarikat atau pengusaha bas ekspres yang mempunyai lesen pengendali atau lesen atau permit kenderaan bas ekspres sah dengan APAD atau LPKP Negeri Sabah dan Sarawak layak memohon bantuan ini bagi pemandu mereka," ujarnya.

Mengulas lanjut Ka Siong berkata, MOT juga akan mengenal pasti langkah lain dan meneliti garis panduan bagi membantu pengusaha bas ekspres, supaya dapat menyediakan perkhidmatan pada tahap normal dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihak berwajib dan persatuan syarikat serta pengusaha bas ekspres.

Katanya, garis panduan dan langkah pengoperasian yang selamat akan dibangunkan bagi membantu pihak syarikat atau pengusaha bas ekspres memulakan perkhidmatan dengan baik apabila perjalanan rentas sempadan dibenarkan kelak.

"Ia juga bagi menyokong pelaksanaan perjalanan pelancongan domestik terhad yang akan dibenarkan oleh kerajaan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Mudah-mudahan dengan penyaluran bantuan ini dapat memberi kelegaan kepada pemandu bas ekspres dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19, seterusnya kembali bangkit untuk meneruskan operasi apabila keadaan beransur pulih sepenuhnya," katanya. - Getaran, 25 September 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 42 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 12 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang