web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tarik Balik, Hadkan Lesen Berdasarkan Umur, Pilihan Terakhir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 7:46AM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menarik balik atau mengehadkan lesen kepada individu berdasarkan umur mereka seharusnya merupakan pilihan terakhir selepas tahap kecergasan seseorang untuk memandu disahkan secara telus menerusi satu ujian yang diiktiraf, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Ka Siong ketika mengulas cadangan untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Memandu Malaysia (LMM) kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas, berkata ramai pemandu berusia lebih 70 tahun mempamerkan kemahiran memandu lebih baik berbanding pemandu lebih muda. 

“Satu sudut yang lebih meluas, lebih menyeluruh termasuk keperluan pergerakan dan faktor sosioekonomi lain patut difikirkan, bukan hanya faktor usia,” kata beliau.

Beliau berkata keistimewaan LLM diberikan oleh pihak berkuasa pengangkutan jalan  sebagai satu akreditasi kepada seseorang yang sudah mempamerkan kebolehan untuk mengendalikan sesebuah kenderaan di atas jalan raya dengan memuaskan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

Seksyen 30 Akta 333 juga menyatakan pemegang lesen boleh menyerahkan lesen mereka di mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan secara sukarela atas faktor kesihatan yang mungkin boleh membahayakan  pengguna jalan raya lain, kata beliau.

Mengenai laporan yang mencadangkan untuk mengehadkan pengeluaran Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau lebih dikenali sebagai “Cukai Jalan”kepada mereka yang berumur 70 tahun dan ke atas, Ka Siong berkata seorang individu boleh sahaja meminjam kenderaan pemilik lain untuk mengelak peraturan itu.

Ka Siong berkata sebarang perubahan dasar berkaitan LMM dan LKM perlu ditangani secara sistematik, pendekatan berasaskan bukti dan ditangani secara berpandangan jauh.

“Dengan menafikan seorang pemandu keperluannya untuk memandu dengan alasan faktor umur mereka atau bukti yang terpencil atau menggunakan anekdot adalah satu diskriminasi,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan kepada kerajaan supaya mengehadkan pengeluaran LKM kepada warga emas memandangkan faktor kesihatan seseorang warga emas boleh menyumbang kepada kemalangan jalan raya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia