web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Pendaki Sesat Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Sep 2021 11:45AM

Dua mangsa sesat ditemui selamat. - Gambar Ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KULAI - Selepas lebih lima jam tidak menemui jalan keluar ketika mendaki kawasan Gunung Pulai di sini, akhirnya dua lelaki ditemui dalam keadaan selamat oleh pihak bomba.

Muhammad Syazwan Kamarulzzaman, 25 dan Muhammad Fadzrel Haziq Mohd Farid, 16, sebelum itu dilaporkan sesat kira-kira jam 5.30 petang.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Wan Mohd Azrul Wan Mahamad Shaf’ii berkata, gerakan mencari dan menyelamat terus dilancarkan menggunakan sebuah jentera FRT, EMRS dan pacuan empat roda Hilux dengan kekuatan lapan anggota, sebaik menerima panggilan kecemasan melalui talian terus ke balai.

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di tempat kejadian, kami dimaklumkan oleh saudara mangsa bahawa terdapat dua lelaki dewasa sesat ketika melakukan aktiviti mendaki.

“PKO bertindak menghubungi talian telefon mangsa bagi menjejaki lokasi semasa mangsa, tetapi rangkaian telefon tidak jelas,” katanya.

Menurut beliau, selepas membuat pencarian menyeluruh, kedua-dua mangsa dijumpai dalam keadaan selamat di kawasan Jeram Kulai dekat kaki Gunung Pulai, kira-kira jam 10.45 malam tadi.

Katanya, kedua-dua mangsa itu kemudian dihantar ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, untuk pemeriksaan kesihatan secara lanjut.

Getaran difahamkan, operasi ditamatkan kira-kira jam 1.15 pagi selepas semua keadaan dipastikan selamat. - Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

4 Wanita, 2 Lelaki Dikhuatiri Sesat Di Gunung Angsi - Bomba

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pempengaruh Boss Mario Hilang, Kereta Ditemukan Di Pantai Klebang

4

Semasa 8 bulan yang lalu

'Kalau Jumpa Lebih Awal, Mesti Jasad Bella Masih Sempurna' - Kakak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia