web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sheriff Kejutkan Real, Messi Buka Akaun PSG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 10:12AM

Sebastien Thill (kiri) berebut bola dengan pemain tengah Real Madrid Eduardo Camavinga. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIS - Lionel Messi membantu Paris St Germain menumpaskan Manchester City manakala Sheriff Tiraspol membuat kejutan terbesar dengan menundukkan Real Madrid dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Jaringan Messi menambah kepada gol babak pertama Idrissa Gueye dan membantu PSG naik ke puncak Kumpulan A dengan kemenangan 2-0 ke atas naib juara pertandingan ini musim lepas.

Pasukan kendalian Pep Guardiola menggegar palang gol dua kali pada babak pertama dengan pemain dari Portugal Bernardo Silva gagal menyempurnakan peluang daripada jarak dua meter dengan penjaga gol PSG Gianluigi Donnarumma terbaring di atas padang.

“Perkara yang mustahak adalah mengecapi kemenangan menentang lawan yang hebat, antara pesaing utama untuk trofi pertandingan ini.

“Saya bermain di Parc des Princes hanya sekali, tetapi sedikit demi sedikit saya sedang menyesuaikan diri dengan pasukan ini,” kata Messi.

Dalam aksi Kumpulan D, Sheriff, yang menghadapi perlawanan kedua mereka di peringkat kumpulan pertandingan ini mengejutkan pemenang 13 kali Real Madrid 2-1 di Madrid.

Pemain sayap Uzbekistan Jasur Jakhshibaev meletakkan pasukan dari Moldovia itu di hadapan pada minit ke-30 sebelum Karim Benzema menyamakan kedudukan di minit ke-65.

Sebastien Thill menjadi wira Sheriff, yang berpusat di wilayah Transnistria di sempadan Moldovia-Ukraine, apabila rembatan half voleynya dengan tinggal 62 saat waktu permainan menggegar gawang Real.

“Selepas permainan tamat kami semua amat gembira. Ada ramai pemain import di kelab ini, kami datang dari pelbagai negara. Ini kekuatan kami,” kata pemain tengah dari Luxembourg yang berusia 27 tahun itu kepada Canal+. - AFP

Keputusan lain:

Shaktar Donetsk 0 Inter Milan 0

Ajax 2 Besiktas 0

Inter Milan 1 Atletico 2

Borussia Dortmund 1 Sporting 0

Leipzig 1 Brugge 2

Berita Berkaitan

1

Selebriti 10 bulan yang lalu

Messi Lelong Jersi Argentina Ketika Aksi Piala Dunia 2022 Di Qatar

2

Sukan 11 bulan yang lalu

Messi Terima Ballon d’OR Buat Kali Kelapan

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Messi Calon Pilihan, FIFA Umum Calon Anugerah Terbaik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia