web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Azalina Bangkit Isu Mahkamah Khas Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 3:37PM

Azalina ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa agar segera mewujudkan mahkamah khas jenayah seksual melibatkan kanak-kanak di setiap negeri bagi melindungi hak golongan itu yang menjadi mangsa jenayah.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) menegaskan mahkamah khas itu perlu dilaksana bagi memastikan privasi golongan bawah umur dijaga dalam proses perbicaraan menuntut keadilan.

“Anak-anak (terlibat) dengan jenayah seksual tapi masuk (dibicara) ke mahkamah jenayah biasa...mereka keluar masuk mahkamah dan dah besar, siapa nak jadi saksi...mereka rasa malu.

“Sebab itu kita minta adakan mahkamah khas, bilik saksi khas dan ada pendekatan khas...ini anak-anak yang menjadi mangsa.

“Dalam keadaan COVID-19, berapa ramai anak-anak jadi mangsa dera di rumah dan jadi mangsa jenayah nak dibawa ke mana?,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, ketika bangun mencelah perbahasan itu Dr Maszlee Malik (Bebas-Simpang Renggam) turut senada dengan Azalina selain berharap agar Kementerian Pendidikan turut memberi perhatian kepada langkah-langkah pencegahan gangguan seksual melibatkan kanak-kanak di sekolah.

Azalina juga mencadangkan agar kerajaan tidak meneruskan rayuan penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu kewarganegaraan automatik kepada anak yang lahir di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing.

“Berlaku adillah kepada semua...jika (anak kepada) ibu (warganegara berkahwin dengan warga asing) tak boleh (anak diberi kewarganegaraan), bapa (kahwin dengan warga asing) juga jangan diberi...kenapa ibu tak boleh tapi ayah boleh?,” katanya.

Pada 24 September lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Kabinet bersetuju untuk meneruskan rayuan dan permohonan penangguhan pelaksanaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung isu kewarganegaraan automatik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia