web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Tutup Siasatan Kes Adib - Zainul Rijal

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 3:50PM

Zainul Rijal berkata, bukti baharu tidak akan datang bergolek begitu sahaja jika siasatan ditutup. - Facebook Zainul Rijal

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa untuk tidak menutup siasatan kes kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, walaupun untuk sementara.

Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPPM), Zainul Rijal Abu Bakar berkata, bukti baharu tidak akan datang bergolek begitu sahaja jika siasatan ditutup sementara dan ia menjadi tugas  Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggali aspek tersebut sehingga ke tahap melampaui keraguan yang munasabah.

Menurut beliau, adakah polis sudah buntu, tidak menemui jalan dan letih menyiasat kes pembunuhan Muhammad Adib, sekali gus mengumpul bukti diperlukan.

“Mengapa Tan Sri Tommy Thomas masih lagi dibela oleh kerajaan dalam prosiding komital di Mahkamah Rayuan sedangkan ketika masih menjadi pembangkang, mereka sangat lantang mengecam tindak tanduk beliau dalam menangani inkues arwah Adib.

“Begitu juga dengan permohonan komital yang dibawa oleh keluarga arwah Muhammad Adib, perlu diselesaikan dengan segera dan adil, malah kerajaan perlu menjelaskan pendirian dalam hal ini,” katanya.

Zainul Rijal berkata, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ketika itu, Datuk Zuraida Kamaruddin seharusnya menjaga kebajikan anggota bomba memandangkan jabatan berkenaan berada di bawah bidang kuasa kementeriannya.

PPMM jelasnya, amat terkejut dengan kenyataan Zuraida kerana ia tidak seharusnya dibuat oleh seorang menteri.

“Dalam satu laporan media, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin mendakwa, kes kematian Muhammad Adib ditutup sementara dan akan dibuka semula jika terdapat bukti baru.

“Untuk rekod sebelum ini Zuraida ialah Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat terletak di bawah bidang kuasa kementerian terbabit,” ujarnya.

Katanya, kenyataan sebegitu sepatutnya datang daripada Peguam Negara atau Ketua Polis Negara, bukan seorang menteri yang seharusnya menjaga kebajikan rakyat.

Zainul Rijal turut meluahkan rasa hairan, apabila tindakan diambil polis dalam hal ini masih samar-samar, walaupun pelbagai laporan sudah dibuat termasuk oleh keluarga arwah dan mantan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

“PPMM mendesak siasatan kes pembunuhan arwah Muhammad Adib tidak ditutup walaupun sementara dan usaha membawa pembunuh terbabit ke muka pengadilan perlu dilipat-gandakan.

“Dalam undang-undang jenayah, tiada had batasan waktu ditetapkan untuk memulakan prosiding jenayah ke atas mana-mana pihak,” ujarnya. - Getaran, 29 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

3

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 49 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'