web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


GTSM Letak Calon Tanding PRU 15

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 8:02PM

Kamarudin (kanan) berkata pihaknya akan menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada parti sedia ada untuk memilih calon mereka. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin Dan Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM) akan meletakkan calon mereka untuk bertanding di empat kerusi Parlimen dan 14 Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Yang Dipertua GTSM, Kamarudin Mohd Hussain berkata, pihaknya akan menyediakan satu memorandum untuk diserahkan kepada semua parti politik yang akan bertanding pada PRU-15.

“Pihak GTSM akan meletakkan calon daripada kalangan pertubuhan kami sendiri dan menawarkan peluang kepada parti sedia ada untuk memilih calon mereka.

“Kami akan memberi sokongan penuh kepada parti politik yang akan memenuhi tuntutan dan mampu menyelesaikan masalah dihadapi oleh industri ini,” katanya dalam sidang media hari ini

Menurut beliau, GTSM juga mahu calon mereka dijadikan Menteri Pengangkutan jika ada yang berjaya memenangi kerusi dipertandingkan.

“Tuntutan ini didorong oleh rasa kecewa terhadap kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan yang disifatkan gagal menyelesaikan masalah dihadapi pemandu teksi.

“Industri perkhidmatan dan pengangkutan darat negara adalah antara sektor yang selama ini telah menyumbang kepada keberhasilan negara, namun malangnya sejak berpuluh-tahun lalu kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan dilihat sama sekali tidak mempunyai hati untuk menyelesaikan masalah apatah lagi menjaga kebajikan kami,” katanya, kecewa.

Nasib sama jelas beliau, dihadapi rakan dari sektor lain seperti pemandu lori, bas, bas sekolah, e-hailing dan juga p-hailing.

“Sepanjang perkhidmatan dalam industri pengangkutan negara sejak pemerintahan kerajaan BN, PH, PN dan kini Keluarga Malaysia, kami tidak nampak seorang pun Menteri Pengangkutan yang dilantik dari orang politik mempunyai kesungguhan menyelesaikan masalah atau membela kebajikan kami,” katanya.

Jelasnya, pihak GTSM pernah menghantar 15 surat rayuan kepada Kementerian Pengangkutan, namun tidak pernah menerima sebarang perhatian.

“Kami tidak ingin lagi untuk merayu mana-mana pihak untuk menyelesaikan masalah kami, kami sendiri akan mencari jalan sendiri untuk menyelesaikan masalah itu.

“Memorandum ini, merupakan langkah pertama untuk menuntut hak kami sebagai pemain industri serta golongan diabaikan oleh kerajaan yang tidak stabil ini,” katanya. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

SPM Ulangan 2024 Rekod 8,195 Calon

2

Politik 4 bulan yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

3

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

4

Politik 10 bulan yang lalu

Peneroka FELDA Harap PRK Ubah 'Nasib' Fasiliti, Infrastruktur Uzur

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 14 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 44 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global