web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ular Sawa 70 Kilogram Baham Kambing Ditangkap

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Oct 2021 8:27PM

Anggota APM memegang ular sawa seberat 70 kg yang berjaya ditangkap selepas menelan seekor kambing di Jalan Besar, Berang Stesen, Tanjung Malim.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANJUNG MALIM - Seekor ular sawa seberat 70 kg berjaya ditangkap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) selepas reptilia itu dipercayai menelan seekor kambing di Jalan Besar, Behrang Stesen, di sini, semalam.

Reptilia berkenaan ditemui salah seorang pekerja kandang kambing ketika sedang membersihkan kandang kira-kira jam 2.30 petang.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Mualim, Kapten (PA) Shahrizal Hussin berkata, pihaknya yang menerima panggilan kejadian kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama empat anggota.

Katanya, mereka menemui seekor ular sawa yang sedang berlingkar di dalam kandang kambing dipercayai akibat kekenyangan.

Katanya, hasil pemeriksaan kemudiannya mendapati ular sawa itu baru sahaja menelan seekor kambing sebelum kerja-kerja menangkapnya dijalankan.

“Haiwan tersebut berjaya ditangkap menggunakan peralatan khas dalam tempoh masa 10 minit.

“Tiada tindak balas dan melawan dari ular sawa berkenaan kerana kekenyangan,” katanya.

Shahrizal berkata, reptilia itu dibawa ke pejabat APM sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan). - Getaran, 2 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki