web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Elektrik Di Jambatan Pulau Pinang, Bekalan TNB Dalam Keadaan Baik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:25AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan kerjasama kepada pihak PLUS bagi membolehkan bekalan elektrik di Jambatan Pulau Pinang yang terganggu sejak malam semalam, dikembalikan sepenuhnya setelah kerja-kerja baik pulih oleh pihak PLUS selesai.

TNB dalam kenyataan semalam memaklumkan pengujian ke atas bekalan yang disalurkan TNB ke Jambatan Pulau Pinang pula mendapati kabel syarikat berada dalam keadaan baik dan bekalan di pihak TNB sedia untuk dibekalkan.

“TNB ingin memaklumkan hasil semakan dengan pihak PLUS Malaysia Berhad (PLUS), mendapati gangguan berpunca daripada pihak PLUS yang sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan  bekalan,” menurut kenyataan itu.

Kelmarin, media melaporkan pengguna di Jambatan Pulau Pinang terpaksa bergelap selepas jambatan utama menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai mengalami gangguan bekalan elektrik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sindiket Pengedaran Jus Dadah Lumpuh, Pelbagai Jenis Dadah Lebih RM500,000 Dirampas

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Sindiket Dadah Tumpas, 4 Lelaki Ditahan Bersama Dadah RM178,500

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Rumah Musnah Dalam Kebakaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia