web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerosakan Kabel Punca Bekalan Elektrik Di Jambatan P Pinang Terputus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 10:51AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - PLUS Malaysia Bhd (PLUS) hari ini memaklumkan kerosakan kabel di KM138 Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan bahagian pulau dan Seberang Perai telah menyebabkan bekalan elektrik terputus di jambatan dan plaza tol, Jumaat lepas.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS Syed Mohammed Idid berkata kabel itu bagaimanapun berjaya dibaiki dan bekalan elektrik pulih sepenuhnya pada 3.19 pagi tadi.

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan nombor satu kami (PLUS) dan kami akan melakukan segala yang perlu bagi memastikan keselesaan di sepanjang perjalanan anda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata untuk maklumat terkini mengenai keadaan trafik, pelanggan lebuh raya dinasihatkan untuk mengikuti Twitter PLUS Trafik atau melalui aplikasi PLUS.

Semalam, PLUS memaklumkan Jambatan Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan elektrik sejak Jumaat dan kerja-kerja membaik pulih sedang dilakukan bagi memulihkan situasi secepat mungkin.

Gangguan yang berlaku pada 8.23 malam itu turut menjejaskan kawasan sekitar pulau dan Seberang Jaya yang menghubungkan jambatan itu dan PLUS memohon maaf atas kesulitan tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Nak Konvoi Tu Boleh, Tapi Jangan Halang Orang Lain

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Jambatan Pulau Pinang Ditutup Sementara Ahad Ini Untuk Larian Maraton

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia