web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sampah Jana Pendapatan, Bantu Lestari Alam Sekitar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 5:41PM

Sharudin (dua dari kanan) melihat antara barangan sisa pepejal kitar semula yang dihantar orang awam ke pusat pembelian semula (BBC) Taman Gelora, dekat sini, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jika sebelum ini anda berdepan masalah untuk melupuskan sampah boleh dikitar semula, anggaplah krisis itu sudah selesai dengan pembukaan pusat pembelian semula (BBC) hasil inisiatif Perbadanan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dan Alam Flora.

Pengenalan BBC yang dilancarkan secara rasmi di bandar raya ini Jumaat, bukan sahaja dapat menyelesaikan lambakan sisa pepejal yang boleh dikitar semula, tapi ia turut memberi peluang kepada orang ramai mencipta pendapatan sampingan melalui sampah mereka.

Pengarah SWCorp Pahang, Sharudin Hamid berkata, pusat pengumpulan itu adalah lanjutan daripada program #ThrashToCash yang dilancarkan pihaknya sejak tahun lalu.

“Sebelum ini orang ramai perlu menunggu lori kami yang mengumpul sampah kitar semula di kawasan perumahan masing-masing, tapi dengan adanya BBC, mereka boleh datang sendiri membawa sampah untuk ditukarkan dengan wang tunai.

“Buat masa ini, kita mempunyai dua pusat BBC iaitu berhampiran Stadium Darul Makmur dan satu lagi beroperasi di Taman Gelora.

“Setiap pusat pengumpulan ini beroperasi mengikut jadual ditetapkan, macam di BBC Kuantan (Stadium Darul Makmur), ia beroperasi pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, manakala BBC Taman Gelora pula dibuka pada hari Selasa, Khamis dan Sabtu dan orang ramai boleh mengunjungi BBC itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang,” katanya ketika ditemui di sini.

Sharudin berkata, objektif utama pihaknya mewujudkan pusat BBC adalah bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

Di samping dapat menjaga kebersihan, dalam pada masa yang sama, mereka juga boleh menjana pendapatan sambilan.

“Dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, SWCorp dengan kerjasama Alam Flora sudah berjaya mengumpul kira-kira 45,000 tan sampah kitar semula bernilai RM22,000 dan tahun lalu, manakala sejumlah 143,000 tan sampah kitar semula bernilai RM60,000 berjaya kita kumpul melalui program membabitkan kerjasama orang ramai.

“Ini menunjukkan melalui sampah juga orang ramai mampu memperoleh pendapatan yang agak lumayan dan paling penting ialah kesedaran kita dalam menjaga alam sekitar itu sendiri,” katanya.

Mengulas mengenai perancangan masa depan pusat BBC berkenaan, beliau berkata pihaknya dalam proses penilaian untuk membuka operasi kutipan sampah kitar semula setiap hari tidak lama lagi.

Katanya, pembukaan pusat BBC juga akan diperluaskan ke daerah lain secara berperingkat memandangkan tahap kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kitar semula menunjukkan peningkatan.

Sharudin berkata, antara barangan atau sisa kitar semula yang boleh dihantar ke pusat BBC ialah kertas, kotak, minyak masak terpakai dan barangan elektrik. - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 6 bulan yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Cadang Wujud Ambulans Udara Menjelang Akhir Tahun Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia