web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dera Kanak-Kanak Autisme, Kerajaan Ambil Tindakan Tegas - Rina Harun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2021 6:10PM

Rina Harun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mengenakan tindakan tegas ke atas pusat jagaan yang disyaki terbabit dalam kes mendera seorang kanak-kanak autisme pada Jumaat lalu.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, ia termasuk menyita pusat jagaan berkenaan berdasarkan Akta Pusat Jagaan 1993 (Akta 506).

Menurut beliau, pengendali premis itu juga boleh didakwa dan dikompaun seperti termaktub dalam Seksyen 21 dan 21A menerusi akta sama.

“Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) tidak berkompromi dengan mana-mana pihak disyaki melakukan kesalahan sehingga menjejaskan kehidupan kanak-kanak,” katanya hari ini.

Dalam kejadian yang tular di media sosial itu, seorang kanak-kanak lelaki disyaki didera pengasuh di sebuah pusat intervensi autisme di Bandar Baru Ampang, Selangor.

Insiden tersebut terbongkar selepas bapa kepada kanak-kanak itu memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, setelah dia menemui kesan lebam pada bahagian bahu sebelah kiri dan di kedua-dua belah mata anaknya.

Rina berkata, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anak-anak orang kelainan upaya (OKU), beliau terkilan dengan perbuatan pengendali pusat jagaan berkenaan.

“KPWKM memandang serius insiden kanak-kanak autisme dikasari dan disyaki didera pengasuh ini. Seharusnya pengendali dan pengasuh pusat jagaan berkenaan lebih peka serta sensitif dengan keperluan anak-anak berkeperluan khas.

 “Saya mahu perkara ini disiasat segera dengan teliti dan hukuman tegas serta setimpal dikenakan kepada pesalah, supaya perkara sebegini tidak berulang lagi. Kita mahu beri peringatan kepada semua pusat jagaan dan pusat intervensi kanak-kanak,” katanya.

Mengulas lanjut, Rina berkata, tindakan intervensi dari sudut psikososial dan kaunseling juga akan diberikan kaunselor berdaftar kepada ibu bapa serta kanak-kanak terbabit.

“Ini demi memastikan kebajikan dan kesejahteraan emosi kanak-kanak serta keluarga tidak terjejas dan terpelihara,” katanya.

Beliau berkata, KPWKM akan terus komited untuk meningkatkan kesedaran melalui kerjasama dengan pelbagai pihak, dalam usaha melindungi kanak-kanak sebagai tanggungjawab bersama.

Kementerian itu, katanya, turut menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak disyaki terbabit dalam kegiatan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak.

Jelasnya, ibu bapa yang memerlukan perkhidmatan penjagaan dan pengasuhan anak-anak dinasihatkan mendapatkan servis yang berdaftar dengan JKM.

“Perkara ini amat penting supaya kanak-kanak mendapat pengasuhan dan penjagaan yang berkualiti di pusat jagaan berdaftar, keselamatan kanak-kanak lebih terjamin serta mendapat penjagaan daripada pengasuh terlatih.

“Maklumat berkaitan pengasuh dan pusat jagaan berdaftar boleh diperolehi di laman rasmi JKM menerusi lamat sesawang http://www.jkm.gov.my atau http://ezi2care.jkm.gov.my,” katanya. – Getaran, 4 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia