web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Ambil Keterangan Suspek Dakwa Pelajar Mati Akibat Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 04 Oct 2021 8:16PM

Mior Faridalathrash Wahid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis sudah merakam keterangan seorang aktivis yang mendakwa berlaku kematian dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai, di sini, selepas menerima vaksin COVID-19.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya juga turut merakam percakapan beberapa lagi individu termasuk Pengarah Kesihatan Ulu Kinta, Pengetua SMK Tasek Damai, pegawai perubatan dan keluarga pelajar berkenaan.

“Polis Perak menerima dua laporan, dibuat Pegawai Pendidikan (Kesihatan) Ipoh dan Pengetua SMK Tasek Damai pada 29 September lalu yang tidak berpuas hati dengan kenyataan mendakwa kematian dua pelajar berkenaan adalah disebabkan suntikan vaksin COVID-19.

“Kertas siasatan kemudiannya dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan," katanya hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(B) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada mana-mana golongan awam.

Mengulas lanjut beliau berkata, aktivis berusia 39 tahun itu ketika memberi keterangan di  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor, turut mengaku membuat kenyataan di dalam video berkenaan.

"Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk arahan selanjutnya," katanya.

Susulan kes, orang ramai diingatkan supaya jangan membuat sebarang spekulasi dan kenyataan tidak bertanggungjawab kerana dikhuatiri akan menganggu proses siasatan.

Getaran pada 29 September lalu melaporkan, Polis Perak menafikan vaksin COVID-19 sebagai punca kematian dua pelajar sebuah sekolah di negeri itu, seperti yang tular di media sosial.

Dakwaan tersebut tular susulan penyebaran sebuah video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan dakwaan seorang wanita bahawa empat pelajar, termasuk dua pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai meninggal dunia selepas divaksin.

Mior Faridalathrash sebaliknya memberitahu, kematian dua pelajar dari SMK Tasek Damai itu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pengambilan vaksin.

Kematian pelajar perempuan itu jelas beliau, diakibatkan penyakit kencing manis dan darah tinggi yang kronik manakala remaja kedua, seorang lelaki berusia 17 tahun berpunca daripada penyakit jantung. - Getaran, 4 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki