web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pemaju Perumahan Profil Tinggi Maut Jatuh Dari Kondominium

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 3:04PM

Ewe Swee Kheng

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Presiden dan Pengarah Urusan Kumpulan Ewein Bhd, Datuk Ewe Swee Kheng dilaporkan terjatuh dari kediaman mewahnya di Kondominium Palazzo, di Jalan Kelawei, Pulau Tikus, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Soffian Santong berkata polis menerima panggilan kecemasan dari orang awam pada jam 5 pagi, yang memaklumkan mengenai penemuan mayat di bawah kondominium itu.

Soffian berkata mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang bagi proses ujian saringan COVID-19 dan bedah siasat.

Beliau bagaimanapun enggan mengesahkan identiti mangsa, yang dipercayai adalah Swee Kheng.

“Ketika polis sampai ke lokasi kejadian, mangsa telah pun meninggal dunia. Polis masih menjalankan siasatan mengenai identiti mangsa dan punca kejadian,” katanya kepada The Vibes.

Swee Kheng yang juga pemilik pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang adalah antara saksi kes terowong dasar laut bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau juga pernah direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Januari 2018 lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan. - Getaran, 5 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

2

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

4

Semasa 3 minggu yang lalu

5 Cedera Bas Rempuh Treler Di Lebuhraya PLUS

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rasuah RM30,000: 2 Pegawai Kanan Agensi Penguatkuasa Dan Isteri Direman

Semasa 21 jam yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

Semasa 1 hari yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

oleh Wartawan Getaran

Sukan 18 jam yang lalu

Azeem Tidak Terkilan Jika Tidak Dapat Beraksi Di Olimpik Paris 2024