web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siapa Sahaja Boleh Buka Akaun Luar Pesisir - Tengku Zafrul

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 3:31PM

Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mengikut undang-undang sedia ada, mana-mana individu boleh membuka akaun dengan bank berlesen termasuk akaun luar pesisir, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz.

Bagaimanapun, beliau berkata, individu terbabit perlu melepasi proses usaha wajar pelanggan seperti disyaratkan dalam Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Menurutnya, sektor kewangan Malaysia diselia Bank Negara Malaysia (BNM) melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (Akta 759).

“Aktiviti kewangan luar pesisir pula dikawal selia Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Labuan 2010 (Akta 704) serta Akta Perkhidmatan Kewangan Dan Sekuriti Islam Labuan 2010 (Akta 705).

“Mengikut undang-undang sedia ada, mana-mana individu boleh membuka akaun dengan bank berlesen termasuk akaun luar pesisir, tetapi semua pelanggan yang membuka akaun di bank berlesen dikawal selia oleh BNM, manakala akaun di bank luar pesisir yang dikawal selia Labuan FSA perlu lulus proses usaha wajar pelanggan seperti disyaratkan Akta 613 dan juga perlindungan subsidiari,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Guan Eng membangkitkan persoalan laporan Pandora Papers yang mendedahkan ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah bertindak menyembunyikan wang serta pelaburan mereka dalam hartanah, kapal persiaran dan aset lain, sepanjang 25 tahun lalu.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul berkata, penyiasatan yang dibuat Konsortium Antarabangsa Wartawan Penyiasatan (ICIJ) adalah membabitkan kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang memberi perkhidmatan profesional kepada individu atau syarikat.

“Ini untuk menubuhkan syarikat, yayasan atau entiti lain yang membuka akaun di negara yang mempunyai kelemahan dalam perundangan kewangan, tetapi kita bukan antara negara yang lemah itu,” katanya.

International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ), sebelum ini mendedahkan, siasatan dijalankan mendapati ratusan pemimpin dunia, ahli politik, hartawan, selebriti, pemimpin agama dan pengedar dadah menyembunyikan wang serta pelaburan hartanah, kapal persiaran dan aset lain mereka sepanjang 25 tahun lepas.

Siasatan dikenali Pandora Papers itu menyatakan perkara itu didedahkan menerusi pemilikan 12 juta fail oleh 14 firma di serata dunia.

Menerusi pendedahan tersebut, dua individu dari Malaysia didakwa antara 336 ahli politik yang memiliki akaun luar pesisir, malah terdapat 118 syarikat luar pesisir dengan pemilik berasal dari Malaysia.

Antara nama disebut adalah Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang-undang Amerika global yang dilaporkan digunakan untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong. - Getaran, 5 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Najib Dipenjara: Jangan Terlalu Gembira Seolah Anda ‘Bersih’ - Tegur Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Wang KWSP Diterima Pemohon Sebelum Aidilfitri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Wajar Siasat Dengan Telus Pandora Papers - AMK

4

Politik 3 tahun yang lalu

Pandora Papers, Anwar Curiga Dewan Rakyat Tak Bahas Isu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia