web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Khidmat Pengusaha Pelancong Berlesen - MOTAC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Oct 2021 8:10PM

Orang ramai mengambil kesempatan menaiki kereta kabel di Langkawi SkyCab, di Pulau Langkawi, baru-baru ini. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai digesa agar sentiasa menggunakan perkhidmatan pengusaha pelancongan yang berlesen dan berdaftar dengan pihak kementerian.

Jurucakap Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata, pemantauan mendapati sebahagian besar individu masih cenderung menggunakan khidmat pengusaha pelancongan yang tidak berlesen atau berdaftar dengan MOTAC.

"Sebahagian besar pelancong dilihat lebih cenderung untuk membuat tempahan tiket pengangkutan, lawatan dan penginapan secara persendirian.

"Pengusaha yang tidak berlesen dinasihatkan memohon lesen dengan MOTAC bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan," katanya.

Pasukan penguatkuasaan MOTAC sebelum ini menjalankan pemantauan terhadap aktiviti pelancongan domestik di Pulau Langkawi selama tiga hari bermula pada 1 hingga 3 Oktober lalu.

Pemantauan berkenaan diadakan di laluan pintu masuk laut dan udara ke Langkawi dan tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Menurut jurucakap itu, antara lokasi terbabit adalah di sekitar Kilim Geoforest Park, Tanjung Rhu, Langkawi SkyCab, Langkawi Wildlife Park, Pantai Cenang, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Terminal Jeti Kuah Langkawi.

"Fokus pemantauan adalah untuk melihat sejauh mana Tour Operating Business and Travel Agency Business (TOBTAB) patuh terhadap prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, selain mendapatkan reaksi orang ramai yang melancong dalam suasana norma baharu.

"Pasukan penguatkuasa turut meninjau premis pelancongan bagi melihat perkembangan terkini perniagaan yang dijalankan, serta turut memaklumkan mengenai kemudahan dan kelonggaran  diberikan oleh kerajaan sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP)," ujarnya.

Katanya, antaranya adalah pengecualian Fi pembaharuan lesen, diskaun pengurangan kompaun 40 peratus dan bantuan kewangan di bawah pakej PEMERKASA dan PEMULIH.

"Hasil soal selidik juga mendapati, majoriti pelancong ke Langkawi menerusi gelembung pelancongan berpuas hati terhadap khidmat pengusaha pelancongan yang disediakan sepanjang percutian mereka," katanya.

Pelaksanaan aktiviti pemantauan SOP itu juga bertujuan memastikan Keluarga Malaysia dapat melancong ke pulau itu dengan selamat dan secara tidak langsung, membantu menjana semula pendapatan negara melalui aktiviti pelancongan domestik.

"Ia juga selaras sasaran mencapai kehadiran 400,000 pelancong ke Langkawi sehingga Disember 2021.

"Dalam masa yang sama, kejayaan Gelembung Pelancongan Langkawi ini boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk membolehkan destinasi pelancongan lain mengadaptasikan SOP dan kaedah pengurusan yang baik, setelah negara mencapai kadar vaksinasi lengkap penduduk dewasa sebanyak 90 peratus," katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat atau perkembangan terkini melalui laman web rasmi MOTAC di www.MOTAC.gov.my. - Getaran, 5 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Politik 21 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'