web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bayi Lebam Pada Anggota Badan Selepas Dihantar Pertama Kali Kepada Pengasuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Oct 2021 7:33AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan lebam pada muka, pipi, telinga kiri dan paha kiri selepas dihantar kepada seorang pengasuh di Taman Selayang Jaya, Selayang, dekat sini pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata kesan lebam itu disedari ibu bayi berkenaan yang berumur 40 tahun selepas mengambil anaknya yang berada di bawah jagaan pengasuh tersebut.

“Siasatan awal mendapati mangsa dihantar ke rumah pengasuh tersebut buat pertama kali pada kira-kira 9 pagi dan diambil semula oleh ibunya pada 4.30 petang hari yang sama.

“Semasa berada di rumah, ibu bayi tersebut menyedari kesan lebam kemerahan pada anggota badan anaknya lalu membuat laporan polis pada 6.30 petang,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Zainal Mohamed berkata pemeriksaan pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan tisu lembut pada paha kiri serta bahagian muka sebelah kiri dan menerima rawatan pesakit luar di Hospital Selayang.

“Keterangan suspek iaitu seorang wanita tempatan berumur 60 tahun telah dirakam bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 (pengabaian kanak-kanak) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bayi 2 Tahun, Remaja Maut  Dipercayai Keracunan Makanan

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Bayi Cukup Sifat Ditinggalkan Di Tangga Pangsapuri

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Ibu Kelar Bayi Umur 6 Bulan, WhatsApp Gambar Mayat Kepada Suami

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia