web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Dicekup Polis Selepas Video Pukul Kekasih Tular

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 5:28PM

Tangkap layar dari video seorang lelaki memukul kekasihnya yang tular di facebook ‘Made In Borneo’ semalam.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Tindakan seorang lelaki memukul teman wanitanya di sebuah restoran di Jalan Pending, di sini semalam, mengundang padah apabila ditangkap polis.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, video suspek berusia lingkungan 30 tahun memukul teman wanitanya yang juga berusia lingkungan 30 tahun berdurasi 20 saat tular di laman sosial Facebook ‘Made In Borneo’.

Menurutnya, video itu menunjukkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah kedai makan di kawasan Pending.

“Video ini dipercayai rakaman dari Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang terdapat dalam restoran itu telah tular di laman sosial sejak semalam,” katanya hari ini.

Beliau berkata, video itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial facebook.

“Satu laporan polis telah dibuat dan suspek lelaki dalam video tular itu telah dikenal pasti.

“Suspek telah ditahan oleh pihak polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuching untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Ahsmon berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku disebabkan salah faham antara pasangan kekasih berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. - Getaran, 7 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia