web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mayat Penunggang Motosikal Ditemui Terapung Dalam Parit

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Oct 2021 9:23PM

Anggota Bomba membantu menaikkan mayat seorang penunggang motosikal yang dipercayai terjatuh ke dalam sebuah parit di Jalan Taiping-Selama dekat Masjid Mohd Ali Rouse, Kampung Ulu Sepetang, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAIPING - Mayat seorang lelaki yang belum dikenalpasti identiti ditemui terapung dalam sebuah parit di Jalan Taiping-Selama dekat Masjid Mohd Ali Rouse, Kampung Ulu Sepetang, di sini, hari ini.

Difahamkan, mayat dipercayai mangsa kemalangan tiga hari lalu itu ditemui orang awam kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner (ACP) Osman Mamat berkata, siasatan mendapati mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik dan terjatuh ke dalam parit.

Menurutnya, kejadian pada Rabu lalu itu mengakibatkan mangsa dipercayai tidak sedarkan diri di dalam parit berkenaan.

Katanya, mangsa kemudiannya dipercayai dihanyutkan sejauh 40 meter dari lokasi asal kemalangan akibat arus deras berikutan hujan.

“Polis tidak menerima sebarang laporan awal kemalangan itu berlaku dan maklumat mengenai insiden hanya diketahui selepas penemuan mayat itu hari ini.

“Maklumat diri mangsa sedang cuba diperoleh termasuk usaha menjejak waris serta majikan mangsa untuk membantu siasatan,” katanya.

Osman berkata, pihaknya turut menemui motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi mangsa di lokasi kemalangan dengan kesan lampu hadapan pecah dan meter tertanggal.

Menurutnya, polis kemudiannya berjaya mengenalpasti pemilik motosikal terbabit dan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk soal siasat.

Katanya, punca kematian sebenar akan diperoleh sebaik bedah siasat dijalankan dan kes pada masa ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Getaran, 8 Oktober 2021

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah