web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


165,000 Penganggur Direkodkan Di Selangor Setakat Jun Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 12 Oct 2021 2:36PM

Mohd Khairuddin Othman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Selangor merekodkan kadar pengangguran 4.4 peratus atau melibatkan 165,000 penganggur setakat Jun tahun ini susulan krisis pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak awal tahun lepas, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Mohd Khairuddin Othman.

Katanya kerajaan negeri memandang berat kadar berkenaan dan berharap peratusan itu dapat diturunkan melalui penganjuran program Jelajah Selangor Bekerja 2021 yang menyediakan menawarkan hampir 25,000 peluang pekerjaan.

Beliau berkata melalui penganjuran program yang melibatkan sebanyak 200 syarikat itu, adalah diharapkan kadar pengangguran dapat diturunkan kepada 3.7 peratus menjelang suku pertama tahun hadapan.

Menurutnya pada 2019 kadar pengangguran adalah pada 2.9 peratus manakala 2020 angkanya meningkat kepada 4.5 peratus susulan pandemik yang melanda seluruh dunia.

Mengenai program Jelajah Selangor Bekerja 2021, Mohd Khairuddin berkata ia akan bermula dari 23 Oktober hingga Disember tahun ini, menjelajah ke Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bharu, Hulu Langat dan Petaling.

“Program ini diadakan secara hibrid iaitu dalam talian dan fizikal, serta tidak mengabaikan prosedur operasi standard yang telah ditetapkan seiring dengan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya pada majlis perasmian program tersebut di sini hari ini.

Katanya Jelajah Selangor Bekerja 2021 kali ini turut memberi tumpuan kepada peluang pekerjaan dalam industri aeroangkasa dengan kerjasama Invest Selangor Berhad selain peluang pekerjaan lain meliputi sektor perkhidmatan, pembuatan, elektronik, pengurusan dan sebagainya.

Beliau berharap rakyat Selangor khususnya belia dapat mengambil peluang di atas inisiatif yang disediakan oleh kerajaan negeri dengan mendaftar di website www.selangorbekerja.com.my untuk mendapatkan kerjaya yang ditawarkan serta membantu majikan mendapatkan tenaga kerja yang diperlukan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Polis Lumpuhkan Sindiket Dadah Rekreasi Terbesar Dalam Negara, Rampas RM14.15 Juta Dadah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia