web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


131,907 Peranti Digital Sudah Diagih - Mohd Radzi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 5:58PM

Radzi Jidin berkata, bilangan itu adalah sebahagian daripada 150,000 peranti digital yang diluluskan dalam Belanjawan 2021.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 131,907 unit peranti digital dilengkapi pelan data sudah diagihkan kepada murid B40 di 1,100 sekolah di seluruh negara sehingga 3 Oktober lalu.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, bilangan itu adalah sebahagian daripada 150,000 peranti digital yang diluluskan dalam Belanjawan 2021.

Katanya, 11,830 yang sudah diterima daripada Yayasan Hasanah dan akan diagihkan dalam tempoh terdekat.

“Baki 6,263 unit akan diagihkan sebaik sahaja diterima daripada Yayasan Hasanah,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil ketika sesi pertanyaan bukan lisan di Dewan Rakyat, mengenai bilangan komputer riba yang sudah disampaikan menerusi program Tabung CERDIK sejak Januari 2021 sehingga kini.

Mohd Radzi berkata, sehingga kini, sebanyak 28 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi sumbangan peranti digital berkenaan.

Jelasnya, setakat ini, sebahagian daripada 28,046 unit peranti digital itu sudah diagihkan manakala bakinya akan diserahkan ke 216 sekolah di Sabah, 25,673 unit di 204 sekolah di Sarawak, 17,959 unit (83 sekolah) di Selangor, 15,074 unit (141 sekolah) di Johor, 11,052 unit (132 sekolah) di Pahang dan 10,739 unit (114 sekolah) di Perak.

“Sebanyak 8,696 unit (69 sekolah) di Kedah, 8,679 unit (85 sekolah) di Kelantan, 6,838 unit (67 sekolah) di Terengganu, 5,109 unit (58 sekolah) di Negeri Sembilan dan 3,637 unit (27 sekolah) di Pulau Pinang.

“Selain itu, 2,941 unit (28 sekolah) di Melaka, 2,902 unit (23 sekolah) di Kuala Lumpur, 1,571 unit (17 sekolah) di Perlis dan 292 unit (enam sekolah) di Putrajaya,” katanya.

Menurut Mohd Radzi, inisiatif pemberian peranti digital kepada 150,000 murid ini dilaksanakan Yayasan Hasanah, iaitu sebuah Yayasan di bawah Khazanah Nasional menerusi Tabung CERDIK.

“Yayasan Hasanah menguruskan sumbangan peranti digital dan pelan data daripada GLC serta GLIC dan menyelaras penghantarannya ke pejabat pendidikan daerah (PPD).

“CERDIK bertujuan menyediakan peranti  digital lengkap serta pelan data kepada murid B40 yang dikenal pasti,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia