web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


8 Kaki Sabung Ayam Dicekup

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Oct 2021 9:08PM

Lapan kaki sabung ayam diserbu ketika menjalankan aktiviti sabung ayam di kawasan Rumah Panjang Jalan Tanjung Manis, Bintangor, kelmarin.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BINTANGOR - Cubaan lapan kaki sabung ayam melarikan diri gagal selepas diserbu ketika menjalankan aktiviti berkenaan di kawasan Rumah Panjang Jalan Tanjung Manis, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Maradong, Deputi Superintendan (DSP) Sekam Anoi berkata, serbuan jam 3.30 petang itu dilakukan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maradong.

Menurutnya, mereka yang ditangkap berusia antara 33 hingga 63 tahun.

“Pada awalnya kesemua individu tersebut melarikan diri setelah menyedari kehadiran pihak polis, namun berjaya ditangkap” katanya hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga bilah taji ayam, satu unit penimbang, dua keping papan pertaruhan, empat bangkai ayam dan seekor ayam sabung.

Lokasi kejadian lapan lelaki ditahan cuba lari ketika sabung ayam
Lokasi kejadian lapan lelaki ditahan cuba lari ketika sabung ayam

“Kesemua suspek juga telah dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang atas kesalahan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (PPN) 2021,” ujarnya.

Sekam berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Langkah-Langkah Pencegahan Penganiayaan Terhadap Binatang 1962 dan Kesalahan Dibawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Didalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang menjalankan kegiatan sabung ayam dan akan sentiasa menjalankan operasi dari masa ke masa.

“Ia bagi memastikan undang-undang Pelan Pemulihan Negara (PPN)  dipatuhi semua pihak, sekali gus membendung penularan wabak COVID-19,” katanya. - Getaran, 12 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Cabul Wanita, Anggota Tentera Direman

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Suka Intai Kaum Sejenis, Lelaki ‘Songsang’ Dicekup Polis

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Leka Sabung Ayam, Warga Emas Antara 3 Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Ketua Balai, Anggota Leka Berhibur Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia