web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Salah Guna Cop Keluar Masuk Sempadan Negara, Pegawai Imigresen Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Oct 2021 6:46PM

Tertuduh (berdiri tengah) ketika hadir di Mahkamah Khas Rasuah, Tawau.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak mengaku bersalah atas lapan pertuduhan menyalah guna cop keluar masuk sempadan negara, di Mahkamah Khas Rasuah, di sini, hari ini.

Tertuduh, Sapie Samsudin, 30, didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac 2018 sehingga April 2019 di Maybank Islamic Berhad, di Semporna.

Berdasarkan pertuduhan, Sapie, petugas di Bangunan Sultan Iskandar, didakwa menerima wang daripada Mohd Azril Azizan, 38, berjumlah RM9,120 menerusi dua transaksi ke akaun bank miliknya yang beralamat di Semporna.

Tertuduh didakwa berbuat demikian bagi memberikan perakuan cop keluar masuk pada pasport warga asing tanpa perlu meninggalkan Malaysia, sekali gus melanggar peruntukan Seksyen 2(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694).

Pemuda itu juga gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Atas kesemua pertuduhan berkenaan, dia didakwa mengikut Seksyen 25(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi enam pertuduhan lain, Sapie didakwa menerima suapan berjumlah RM9,120 dari individu sama.

Untuk kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 bagi semua kesalahan.

Dia juga diarahkan menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri setiap bulan di pejabat SPRM berhampiran.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Norsham Saharom manakala tertuduh diwakili peguam Samsudin Sudirman.

Kes akan disebut semula 15 Disember nanti.

Sapie ialah antara 46 individu yang ditahan SPRM di empat negeri termasuk Putrajaya, Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) menerusi Op Selat, selepas didakwa terbabit dalam salah guna cop keluar masuk di sempadan negara, pada November tahun lalu. - Getaran, 13 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Alif Teega, Aisyah Hijanah Didakwa Salah Guna Wang Infak Lebih RM1.52 Juta

3

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia