web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


90.9 Peratus Individu Dewasa Lengkap Divaksin - COVIDNOW

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Oct 2021 12:01PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 90.9 peratus populasi dewasa atau 21,290,960 individu telah lengkap menerima dos vaksinasi COVID-19 setakat 11.59 malam tadi.

Statistik di portal COVIDNOW mendapati, 94.9 peratus populasi dewasa atau 22,230,828 individu sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

“Sejumlah 207,520 dos vaksin diberikan semalam melibatkan golongan dewasa dan remaja.

“Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancar sejak 24 Februari lepas meningkat kepada 46,252,254 dos bagi golongan dewasa,” kata jurucakap portal berkenaan.

Sementara itu, seramai 453,906 atau 14.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah melengkapkan suntikan vaksin masing-masing.

Sebanyak 75.9 peratus atau 2,390,062 individu pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menerusi PICK Remaja yang bermula sejak 8 September lepas. - Getaran, 14 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangkitan COVID-19 Meningkat Sedikit, 6 Kematian

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangkitan COVID-19 Meningkat, 7 Kematian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Harian COVID-19 Terus Meningkat, 7 Kematian

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Kes Harian COVID-19 Menurun Sedikit, 3 Kematian

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia