web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangkitan COVID-19 Meningkat, 7 Kematian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Aug 2022 3:52PM

Angka jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan 4,071 kes direkodkan semalam berbanding 3,516 kes kelmarin. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angka jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan 4,071 kes direkodkan semalam berbanding 3,516 kes kelmarin.

Berdasarkan data laman sesawang COVIDNOW, angka terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 4,749,000 kes setakat ini.

Jumlah direkodkan itu membabitkan 4,069 kes tempatan dan dua kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sebanyak tujuh lagi korban COVID-19 direkodkan semalam dengan satu kes berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kematian tertinggi direkodkan di Selangor dengan tiga kes manakala masing-masing satu di Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Sarawak.

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kematian mencecah 36,124 setakat ini dengan 7,677 daripadanya adalah kes BID.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 42,476 kes aktif COVID-19 dilaporkan di seluruh negara.

Daripada jumlah kes aktif itu, 96.1 peratus atau 40,826 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah, 27 kes dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), sementara 1,542 orang atau 3.6 peratus menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 81 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 45 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Terdapat 3,289 kes sembuh direkodkan setakat semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sepenuhnya daripada virus tersebut adalah sebanyak 4,670,400 kes. - Getaran, 19 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Bicara Kes Pecah Amanah Najib, Mohd Irwan Ditangguh, Lebih 100 Dokumen Belum Disahkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia