web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langkawi Dicadang Buka Kepada Pelancong Luar - Nancy Shukri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 3:12PM

Nancy Shukri ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mencadangkan projek rintis gelembung pelancongan di Langkawi, dibuka kepada pengunjung daripada beberapa negara luar, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri.

Menurut beliau, cadangan tersebut akan dibincangkan kepada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN), bertujuan bagi membolehkan ekonomi Malaysia dipulihkan, susulan pandemik COVID-19.

“Saya cadangkan sempadan dibuka kepada pelancong beberapa negara untuk Langkawi sahaja dahulu melalui projek rintis Langkawi, kita dengarlah dahulu pengumuman daripada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebab kita sudah buka ruang ini kepada pihak luar.

“Ini salah satu cara kita kembangkan ekonomi kita,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Ahmad Yahaya di Parlimen hari ini.

Terdahulu Nancy berkata, dari 16 September hingga 12 Oktober, 85,921 pengunjung telah mengembara ke Langkawi di bawah program gelembung pelancongan, melalui pintu masuk udara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan pintu masuk laut.

Katanya, maklum balas Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mendapati, kadar purata penginapan di premis ahli MAH di Langkawi bagi tempoh tujuh hari pertama bulan ini adalah 45 peratus bagi premis penginapan pelancong bertaraf empat hingga lima bintang, manakala 21 peratus premis bertaraf tiga bintang dan ke bawah. - Getaran, 14 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Buka Sektor Penerbangan Untuk Turunkan Harga, Rancakkan Semula Pelancongan Langkawi

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Puak Tak Mengaji (Belajar) Kata Saya Umum Benda Mustahil - Sanusi  

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Ragut Di Klang, Tangkap Di Langkawi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia