web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin Kanak-Kanak Mampu Cegah Jangkitan COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2021 1:10PM

Anak-anak yang divaksin akan dapat mengurangkan hingga 67 peratus kadar kebolehjangkitan kepada orang lain. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ibu bapa dinasihatkan supaya membenarkan anak-anak berusia bawah 12 tahun untuk menerima vaksin COVID-19 yang dijangka diberikan kerajaan bermula tahun depan.

Pakar Perubatan, Dr Ahmad Samhan Awang berkata, virus COVID-19 mudah bermutasi dan boleh menghasilkan strain yang berbeza serta lebih berbahaya.

“Sememangnya badan manusia ada sel imuniti yang kuat terutamanya kanak-kanak, namun kita kena faham virus COVID-19 boleh bermutasi.

“Apabila berlakunya mutasi maka lahirlah varian Alpha, Beta, Delta dan Lambda. Jadi virus semakin kuat. Bila itu berlaku, walaupun badan kita sudah kuat, ia tak mampu menahan mutasi baharu. Sebab itu penting ambil vaksin untuk kuatkan sistem imuniti badan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perbincangan secara penstriman langsung di Facebook, anjuran majalah Pa&Ma di Facebook baru-baru ini.

Dr Ahmad Samhan yang aktif di media sosial itu berkata, pengambilan vaksin boleh mengurangkan risiko kebolehjangkitan terhadap virus berbahaya.

“Saya nasihatkan ibu bapa supaya pastikan anak-anak dapatkan vaksin kerana ia dapat mengurangkan hingga 67 peratus kadar kebolehjangkitan kepada orang lain.

“Malah sekiranya dijangkiti, mereka tidak akan mengalami simptom yang teruk,” katanya yang berpengalaman bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan orang ramai bahawa vaksin COVID-19 mungkin perlu diambil dari semasa ke semasa untuk melindungi diri daripada wabak itu.

“Ramai risau bila kerajaan umum pemberian dos penggalak. Kita perlu faham, vaksin ini tak semestinya diambil sekali seumur hidup, kemungkinan setiap setahun atau enam bulan sekali untuk menguatkan lagi sistem imuniti kita,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa mengenai sambutan pemberian vaksin COVID-19 di kalangan remaja berusia 12 hingga 17 tahun di sekolah ketika ini.

“Saya sedang menguruskan (vaksin) remaja berusia 12 hingga 17 tahun. Perlu difahamkan golongan ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu bapa mahupun penjaga.

“Ada anak-anak yang mahu divaksin tapi ibu bapa atau penjaga mereka tak benarkan. Kita sebagai doktor tak boleh paksa, jadi timbul isu bila kami buat vaksinasi di sekolah,” keluhnya.

Dr Ahmad Samhan berkata, 10 hingga 15 peratus golongan berkenaan tidak mengambil vaksin seperti dicadangkan atas pelbagai faktor.

“Mungkin ada yang tak datang disebabkan masalah pengangkutan tapi ada juga segelintir mak ayah yang memang tak nak anak mereka divaksin,” katanya.

Setakat Rabu, seramai 453,906 atau 14.4 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun lengkap divaksinasi manakala 2,390,062 (75.9 peratus) telah mengambil sekurang-kurangnya dos pertama.

Getaran sebelum ini melaporkan, ramai ibu bapa dalam dilema sama ada mahu membenarkan anak-anak mereka berusia 12 tahun ke bawah diberikan suntikan vaksin COVID-19 atau sebaliknya.

Ia susulan pengumuman Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin yang berharap golongan itu dapat divaksin tahun depan agar mereka dapat dilindungi daripada ancaman COVID-19. - Getaran, 15 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Rumah Terbakar, Budak 8 Tahun Rentung

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia