web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Judi Haram, Amirudin Nafi Terima Suapan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Oct 2021 11:08AM

Amirudin berkata dakwaan itu tidak berasas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya beliau menerima suapan bulanan daripada sindiket judi haram seperti didakwa akaun Twitter @edisi_siasatmy.

Menerusi satu ciapan daripada Pusat Informasi Negeri Selangor (PINS), Amirudin berkata dakwaan yang mengaitkannya dengan sindiket judi haram di negeri tersebut sama sekali tidak berasas.

“Mengenai dakwaan mengaitkan saya menerima bayaran bulanan daripada sindiket judi haram, saya menafikan dakwaan ini yang tidak mempunyai asas sama sekali.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut,” katanya.

Akaun @edisi_siasatmy kini menjadi bualan netizen di Twitter, susulan pendedahan beberapa isu rasuah membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum ini, pengendali akaun tersebut mendakwa, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor menerima suapan sekitar RM10,000 hingga RM20,000 setiap bulan mengikut jumlah premis judi di satu-satu kawasan.

Dakwa pengendali akaun itu lagi, Menteri Besar Selangor menerima RM150,000 setiap bulan daripada sindiket judi haram dan wang berkenaan digunakan untuk kerja-kerja politik.

“Sindiket-sindiket judi di Selangor paling besar dan kaya, bukan lagi rahsia mereka membayar @PDRMsia @SPRMMalaysia untuk beroperasi tapi ramai tak tahu ramai pegawai di PBT, ahli-ahli politik PKR dan DAP termasuk MB Selangor dibayar bulanan oleh sindiket-sindiket ini. Mereka ini tak suci jugak,” ciapnya di Twitter. - Getaran, 19 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belia, NGO Perlu Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia