web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aksi Berbahaya Di Lebuh Raya, 8 ‘Stuntman’ Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 3:58PM

Individu-individu yang ditahan kerana menunggang sambil melakukan aksi berbahaya. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lapan individu ditahan selepas menunggang motosikal sambil melakukan aksi berbahaya di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban awal pagi semalam.

Suspek yang berusia antara 15 hingga 25 tahun itu ditahan sepasukan anggota Skuad 42 Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, menerusi Operasi Samseng Jalanan dan Motosikal pada 12.30 pagi, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sarifudin Mohd Salleh berkata, kesemua individu berkenaan didapati berlumba sambil melakukan aksi ‘zig-zag’, ‘roket’ dan ‘Superman’.

“Operasi samseng jalanan tersebut diketuai seorang pegawai dan 14 anggota di Lebuhraya KL-Seremban, bertempat di Kilometer 293 hingga Kilometer 300 arah Kuala Lumpur.

“Kesemua motosikal milik lapan suspek terbabit disita sehingga siasatan kes selesai,” katanya hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek terbabit akan dibawa ke  Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD ) Kajang.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu atau menunggang kenderaan secara melulu dan berbahaya. - Getaran, 23 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 15 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 29 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi