web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaedah Pemberian Vaksin Campuran Selamat - KKM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Oct 2021 7:05PM

Muhyiddin (kiri) menerima dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena Bukit Jalil hari ini.
 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kaedah pemberian vaksin campuran atau ‘vaksinasi heterologus’ sebagai dos penggalak adalah selamat dan berkesan.

Jurucakap KKM berkata, dos penggalak itu diberikan kepada individu yang sudah melengkapkan dos kedua, tetapi tindak balas imun mula berkurangan dalam tempoh beberapa bulan.

Katanya, tempoh perlindungan individu dapat ditingkatkan ke tahap optimum dengan dua dos lengkap dan satu dos penggalak.

“Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas diberi keutamaan untuk dos penggalak.

“Setakat ini, hanya vaksin Corminaty keluaran Pfizer diluluskan untuk dos penggalak,” katanya.

Bermula semalam, pemberian dos penggalak diperluaskan secara berperingkat kepada warga emas di seluruh negara, yang sudah menerima vaksin lengkap jenis Sinovac.

Warga emas yang layak akan mendapat tarikh temu janji menerusi aplikasi MySejahtera dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Suntikan boleh diambil di klinik swasta atau pusat pemberian vaksin (PPV) yang dikendalikan pengamal perubatan swasta dilantik KKM dan berdekatan tempat tinggal mengikut pendaftaran alamat di MySejahtera.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman tidak ketinggalan menerima dos penggalak masing-masing di PPV Axiata Arena Bukit Jalil, hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu memaklumkan, proses pemberian vaksinasi itu berjalan lancar dan beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan segera. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 5 bulan yang lalu

KKM Beri Jaminan Dedah Data AEFI Vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia