web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kematian Warga Emas Di Rumah Penjagaan Disebabkan COVID-19, Bukan Vaksin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Oct 2021 7:59AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kematian seorang wanita warga emas yang tinggal di sebuah rumah penjagaan di sini pada 12 September lepas adalah kerana positif COVID-19, kata Pengarah Kesihatan Kuala Lumpur dan Putrajaya Datuk Dr Param Jeeth Singh Pakar Singh.

Beliau berkata wanita berusia 78 tahun itu disahkan positif COVID-19 pada 6 September lepas iaitu hari keenam selepas wanita itu menerima dos kedua vaksin COVID-19 pada 1 September, manakala dos pertama pada 8 Jun.

Berikutan positif terhadap jangkitan itu, Dr Param Jeeth Singh berkata wanita itu telah dirujuk oleh Pakar Perubatan Geriatrik ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk dirawat pada 7 September sebelum meninggal dunia di hospital tersebut pada 12 September.

Beliau berkata Pakar Perubatan Geriatrik merujuk wanita itu ke HRC kerana wanita tersebut termasuk dalam golongan berisiko tinggi disebabkan umurnya telah melebihi 60 tahun selain mempunyai komorbid dan jangkitan COVID-19 kategori tiga.

“Selain wanita itu, terdapat tujuh lagi penghuni rumah jagaan itu yang dirujuk dan dimasukkan ke HRC untuk rawatan lanjut pada 7 September.

“Wanita itu dirawat di HRC iaitu hospital merawat COVID-19 yang dikhaskan untuk warga emas. Namun demikian, keadaan kesihatannya didapati semakin merosot akibat komplikasi jangkitan COVID-19 dan telah meninggal dunia pada 12 September,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu sebagai merujuk video tular menerusi media sosial berhubung kematian wanita berkenaan yang dipercayai dirakam anak wanita itu dengan mendakwa ia akibat kesan sampingan selepas menerima dos kedua vaksinasi COVID-19.

Dr Param Jeeth Singh berkata kes COVID-19 di rumah jagaan itu bermula apabila seorang daripada pekerjanya menunjukkan gejala dan ujian COVID-19 menunjukkannya positif pada 4 September.

Pada 5 September, seorang penghuni di rumah jagaan berkenaan yang berusia 87 tahun dan tiada sejarah vaksinasi COVID-19 pula meninggal dunia.

“Pejabat Kesihatan Cheras dimaklumkan perkara ini pada 6 September dan siasatan lanjut serta pengesanan kes telah mengenal pasti 11 kes COVID-19 dalam kalangan penghuni dengan tiga orang daripadanya tidak pernah menerima vaksin COVID-19 manakala empat kes dalam kalangan pekerja.

“Kluster yang diisytihar pada 10 September ini melaporkan dua kematian dalam kalangan penghuninya iaitu seorang warga emas yang tidak menerima vaksin COVID-19 dan seorang lagi adalah wanita itu,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Warga Emas Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Anggota Cawangan Khas 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia