web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larangan Merokok Di Premis Makanan Wajar Dipantau Berkala - Pakar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2021 12:50PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Laporan media baru-baru ini mendedahkan lebih 27,000 penduduk di Malaysia terbunuh akibat penggunaan produk berasaskan tembakau setiap tahun.

Peratusan pengguna produk tembakau pada 2015 ialah 38.8 untuk lelaki dewasa berumur 15 tahun ke atas dan 1.1 peratus wanita dalam lingkungan umur sama.

Manakala, sejumlah 3.06 peratus kanak-kanak lelaki dan 0.42 peratus kanak-kanak perempuan berumur 15 tahun ke bawah menggunakan tembakau.

Rentetan perkembangan membimbangkan itu, kerajaan sebelum ini melancarkan kempen ‘Tak Nak Merokok’ beberapa tahun lalu, disusuli larangan merokok di premis makanan ketika Kementerian Kesihatan diterajui Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Namun, kempen tersebut seperti dilupakan dan seolah-olah bersifat sementara apabila tabiat merokok di premis makanan kembali berleluasa tanpa perokok menunjukkan sebarang rasa bersalah.

Ini terbukti apabila timbul beberapa kes perokok bertindak ganas dengan memaki hamun atau bergaduh dengan pemilik serta pekerja premis dan pengunjung yang menegur perbuatan mereka.

Disebabkan itu, arahan dikeluarkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini supaya larangan merokok di premis makanan dipertingkatkan menerima maklum balas positif daripada pelbagai pihak, termasuk masyarakat umum dan pakar kesihatan awam.

Menerusi ciapan di Twitter pada 21 Oktober lalu, Khairy mengatakan bahawa beliau sudah mengeluarkan arahan itu sehari sebelumnya kepada pihak penguatkuasaan selaras Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 (Pindaan 2018).

Sebelum ini, penguatkuasaan penuh Peraturan 11(1)(d) PPKHT 2004 (Pindaan 2018), iaitu larangan merokok di semua premis makanan, termasuk di premis terbuka sudah bermula pada 1 Januari 2020.

Menurut Khairy, beliau bersetuju dengan pandangan dikemukakan seorang individu menggunakan nama Hafidz DZ, supaya pematuhan larangan merokok di kedai makan dipertingkatkan.

“Mohon @Khairykj sebagai Menteri Kesihatan, kembali tingkatkan pematuhan larangan merokok di kedai makan. Makin ramai pulak hisap rokok dalam kedai macam larangan dah dihapuskan,” ciap Hafidz.

“Setuju. Ini dasar yang bagus dari zaman @DrDzul (Dr Dzulkefly Ahmad). Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. Sambil memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pandemik, boleh denda perokok yang langgar larangan tersebut. Sekali harung,” balas Khairy.

Kenyataan Ahli Parlimen Rembau itu turut menerima komen daripada pelayar Twitter lain termasuk dari @Askrough yang menyentuh mengenai kelemahan aspek penguatkuasaan, walaupun peraturan khusus berhubung perkara terbabit sudah diwujudkan sekian lama.

Mengulas perkara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Madya Dr Halimatus Sakdiah Minhat berkata, tindakan Khairy bagi menggalakkan kempen supaya rakyat tidak merokok secara terbuka, terutama di premis makanan wajar disokong.

Katanya, kempen tidak merokok pernah dilaksanakan, termasuk Tak Nak Merokok yang sarat dengan objektif positif tetapi  kurang memberi kesan terhadap masyarakat, khususnya perokok.

“Saya secara peribadi melihat inisiatif dijalankan Khairy bagi meningkatkan penguatkuasaan ini satu langkah bagus. Ini kerana usaha secara halus dan lembut dilaksanakan kerajaan sebelum ini, seperti Tak Nak Merokok tak berapa berjaya.

“Pendapat saya di Malaysia ini bila usaha dijalankan untuk mendidik komuniti menerusi cara sangat halus dan lembut akan jadi tak berapa efektif,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Dr Halimatus Sakdiah Minhat
Dr Halimatus Sakdiah Minhat

Dr Halimatus Sakdiah bagaimanapun berkata, adalah amat penting untuk inisiatif penguatkuasaan itu dipantau secara berkala dan kerap untuk menilai tahap keberkesanannya.

Katanya, penilaian tersebut membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) menentukan atau mengambil kira apakah penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap penguatkuasaan atau kempen sedia ada bagi menjayakan sasaran ditetapkan.

“Kita kena tetapkan satu jangkamasa, maksudnya kita nak tengok benda ini dijalankan berapa lama dan melihat keberkesanannya, itu yang penting.

“Sebab saya rasa kebanyakan program yang dilaksanakan tanpa penilaian sewajarnya tidak menunjukkan keberkesanan yang tinggi,” katanya. - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Selera 1 bulan yang lalu

Mana Mau Makan Pan Mi Halal?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia