web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hujan Lebat, Bangsar Dilanda Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Oct 2021 1:00PM

Keadaan tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar semalam. - Gambar dari Twitter Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat di ibu negara mengakibatkan satu insiden tanah runtuh sekali lagi berlaku di Lingkungan Negeri Sembilan, Bangsar, semalam.

Bimbang akan keselamatan penduduk di sekitar kawasan terbabit, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil menggesa perkara tersebut diberi perhatian serius oleh pihak berwajib.

Dalam ciapannya beliau berkata, ini adalah kali kedua kejadian seumpamanya berlaku di sekitar lokasi terbabit sejak beberapa bulan lalu.

“Baru terima maklumat, kejadian tanah runtuh di Lingkungan Negeri Sembilan, menyebabkan beberapa rumah terjejas di Jalan Limau Purut.

“Saya sudah berbincang dengan pengerusi persatuan penduduk dan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), ini kejadian kedua dalam beberapa bulan,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Menurut Fahmi, kejadian seumpama itu amat membimbangkan dan menuntut perhatian segera oleh pihak DBKL.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau sudah meninjau lokasi tanah runtuh terbabit bersama DBKL dan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM).

“Tadi saya tinjau Lingkungan Negeri Sembilan, lokasi tanah runtuh semalam. DBKL dan IKRAM di lokasi, mereka maklum beberapa langkah segera akan diambil serta perlu diusahakan.

“Saya mohon IKRAM buat kajian risiko cerun bagi Bukit Persekutuan dan tindakan pantas DBKL,” katanya.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku ketika kejadian tanah runtuh terbabit.

Difahamkan, tiga rumah terjejas akibat insiden berkenaan dan penghuninya diminta untuk mendapatkan perlindungan di lokasi lain sehingga kawasan tersebut diisytiharkan selamat . - Getaran, 24 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Fahmi Mahu Organisasi Media Berkaitan Segera Lunas Isu Tunggakan Gaji

2

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia