web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hentikan Ketidakadilan, Tindakan Antara Dua Darjat - PEJUANG

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 2:16PM

Najib Razak, Rosmah Mansor - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang ketidakadilan atau tindakan yang dilihat bersifat ‘dua darjat’ perlu dihentikan segera, kata peguam Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Mior Nor Haidir Suhaimi.

Menurut beliau, perilaku itu jelas kelihatan dalam beberapa kes membabitkan individu berprofil tinggi kebelakangan ini.

Katanya, individu terbabit diberikan layanan berbeza dan istimewa, termasuk dibenarkan mendapat pasport antarabangsa walaupun untuk tempoh sementara.

“Kami di PEJUANG amat bimbang dengan pemulangan semula pasport serta dokumen perjalanan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Keempat-empat individu ini sedang berhadapan dengan pertuduhan dan rayuan yang masih tidak dilupuskan terkait dengan jenayah komersial atau penggubahan wang haram,” katanya di sini.

Mior Nor Haidir berkata, mereka turut terlibat dalam penyalah gunaan kuasa atau pengelakan cukai yang membabitkan dana awam.

“Kesemua permohonan untuk mendapatkan pasport tersebut tidak pernah dibantah oleh pihak pendakwaan, sehingga mempamerkan satu imej buruk dan menggugat kepercayaan rakyat kepada institusi perundangan negara.

“Adakah pihak pendakwaan tidak lagi berminat untuk menjalankan tugas dan amanah untuk membela kepentingan awam? Atau adakah pihak pendakwaan bersedia untuk mengenepikan prinsip asasi keadilan bila wujud permohonan daripada kes-kes berprofil tinggi seperti ini,” katanya, sekali gus mempersoalkan rasional di sebalik keputusan tersebut.

Tegas Mior Nor Haidir, paling mengecewakan ialah apabila pemohonan Muhammad Shafee dibenarkan, hanya untuk menguruskan pengajian anaknya di New York, Amerika Syarikat.

"Ini adalah satu alasan yang amat lemah dan sudah pasti akan sentiasa dibantah oleh pihak pendakwaan jika permohonan tersebut datang daripada orang awam.

“Perlu diingat, Muhammad Shafee kini sedang berhadapan dengan pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang diterima dari Datuk Seri Najib Razak,” tegasnya.

Berpegang pada prinsip keadilan untuk semua, beliau mendesak pihak pendakwa untuk menghentikan sikap lepas tangan dan bersikap menutup sebelah mata terhadap apa jua permohonan seumpama itu.

“Apabila rakyat atau pelajar tidak membayar Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selama beberapa bulan yang  jumlahnya sekelumit cuma, mereka terus disenarai hitam dan dilarang untuk ke luar Negara.

“Namun tidak pula bagi golongan ‘kayangan’ yang berhadapan dengan kes berprofil tinggi melibatkan berbilion ringgit, masih bebas terbang ke sana ke mari,” katanya. - Getaran, 26 Oktober 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 10 bulan yang lalu

PRK Kemaman: PEJUANG Tidak Letak Calon

2

Politik 1 tahun yang lalu

PN Tolak Permohonan PEJUANG, ‘Keputusan Itu Amat Mendukacitakan…’

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Saya Tidak Terlibat Dalam Perancangan Politik Mukhriz - Dr Mahathir

4

Politik 1 tahun yang lalu

‘Bagus Untuk Tahu’ PEJUANG Berminat Menyertai PN - Peja

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia