web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Moratorium Di Bawah PEMULIH Dilanjutkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Oct 2021 5:12PM

Mohd Shahar ketika Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Permohonan moratorium di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) masih dibuka kepada peminjam yang memerlukan, kata Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah.

Shahar dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini turut memaklumkan, pihak bank akan menyediakan pakej bantuan yang bersesuaian dengan kemampuan peminjam dan bersedia untuk memberi bantuan bayaran balik pinjaman bagi yang terjejas dan memerlukan.

“Justeru, mereka hanya perlu menghubungi bank masing-masing. Sekiranya permohonan moratorium ditolak, mereka boleh menghubungi Bank Negara Malaysia (BNM) secara terus melalui BNM TELELINK.

“Bagi peminjam lain yang juga terkesan dan memerlukan bantuan bayaran balik pinjaman selepas pakej PEMULIH tamat, bank akan terus menyediakan pakej bantuan termasuk pengurangan bayaran ansuran bulanan mengikut kemampuan peminjam,” ujarnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad (PH) sama ada kerajaan akan melanjutkan pemberian moratorium kepada individu dan perusahaan serta bertanyakan jika pemberian moratorium tanpa faedah terakru akan diperkenalkan.

Sementara itu, Shahar juga memaklumkan, peminjam turut boleh memohon pelbagai program yang ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) seperti Program Pengurusan Hutang, Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil dan Skim Sokongan Daya Tahan Kewangan.

Program-program itu, kata beliau, dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan institusi perbankan, dan mempunyai ciri-ciri seperti ansuran bulanan yang berkurangan, pelanjutan tempoh bayaran balik dan program sokongan daya tahan kewangan.

Mengulas lanjut, beliau juga berkata, industri perbankan sudah mengumumkan Skim Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS) bagi golongan 50 peratus terbawah kumpulan pendapatan (B50) iaitu isi rumah berpendapatan sehingga RM5,880 yang masih terkesan akibat pandemik COVID-19, pada 14 Oktober lalu.

“Di bawah program ini, peminjam golongan B50 yang memenuhi syarat akan mendapat pengecualian faedah selama tiga bulan dan juga pilihan untuk mengurangkan bayaran ansuran pinjaman sehingga 24 bulan keseluruhannya,” katanya - Getaran, 27 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Air Selangor Dijadual Bayar Balik Pinjaman RM248.7 Juta Bermula 2031

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Tangguh Bayaran Balik Pangsapuri Kakitangan Awam Di Lembah Sireh - Anwar

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Moratorium Hukuman Cubaan Bunuh Diri Perlu Ada Sebelum Pemansuhan Selesai

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kerajaan Berhubung Dengan Bank Sediakan Moratorium Mangsa Banjir - PM Anwar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia